Anda di sini

Dixie Chicks kini mahu dikenali sebagai The Chicks

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 27 Februari 2014 ini menunjukkan (dari kiri) Martie Maguire, Natalie Maines dan Emily Robison dari kumpulan Dixie Chicks tiba di David Lynch Foundation Gala Honoring Rick Rubin di Beverly Wilshire Hotel, Beverly Hills, California. Kumpulan trio country Dixie Chicks kini hanya dikenali sebagai The Chicks, selepas mereka menggugurkan nama timangan bagi selatan negara AS pada waktu era Konfederat dari nama kumpulan mereka. — Gambar AFP
TUKAR NAMA: Gambar fail yang diambil pada 27 Februari 2014 ini menunjukkan (dari kiri) Martie Maguire, Natalie Maines dan Emily Robison dari kumpulan Dixie Chicks tiba di David Lynch Foundation Gala Honoring Rick Rubin di Beverly Wilshire Hotel, Beverly Hills, California. Kumpulan trio country Dixie Chicks kini hanya dikenali sebagai The Chicks, selepas mereka menggugurkan nama timangan bagi selatan negara AS pada waktu era Konfederat dari nama kumpulan mereka. — Gambar AFP

KUMPULAN trio country Dixie Chicks kini hanya dikenali sebagai The Chicks, selepas mereka menggugurkan nama timangan bagi selatan negara Amerika Syarikat (AS) pada waktu era Konfederat dari nama kumpulan mereka.

Pertukaran senyap-senyap itu menyaksikan kumpulan tersebut meminda nama pengguna mereka dalam media sosial dan mengeluarkan sebuah lagu baharu dan video pengiring ‘March March’.

Lirik lagu itu merujuk kepada pergolakan sosial yang berlaku sekarang termasuk protes anti-rasisme dan kekejaman polis, selain usaha untuk menamatkan keganasan senjata api, memperlahankan perubahan iklim serta memperluaskan hak-hak LGBTQ.

“Kita mahu memenuhi saat ini,” tulis kumpulan itu dalam laman sesawangnya, tanpa penjelasan lain.

Tindakan itu diambil selepas sebuah lagi kumpulan country, Lady Antebellum, mengubah namanya kepada Lady A untuk membuang kaitan dengan perhambaan.

Perkataan “antebellum” merujuk kepada jangka waktu sebelum sesebuah peperangan, dan dikaitkan secara meluas dengan bahagian selatan AS yang pro-perhambaan pada tahun-tahun sebelum Perang Saudara.

Kumpulan itu berdepan dengan tindak balas selepas ia dilaporkan seorang penyanyi blues wanita hitam di Seattle telah menggunakan nama Lady A selama dua dekad.

Dalam satu kenyataan kepada saluran muzik Pitchfork, The Chicks berkata mereka sudah menyemak dengan sebuah kumpulan duo di New Zealand yang sudah menggunakan nama itu.

“Ucapan terima kasih yang ikhlas dan mendalam disampaikan kepada kumpulan ‘The Chicks’ dari NZ kerana kebaikan hati mereka untuk membenarkan kami berkongsi nama mereka. Kami berbesar hati untuk wujud bersama-sama di dunia bersama adik-beradik yang luar biasa berbakat ini. Chicks Rock!” kata jurucakap kumpulan kepada Pitchfork.

Kumpulan yang berpangkalan di Texas dan dahulu dikenali sebagai kumpulan Dixie Chicks menjadi masyhur pada hujung tahun 1990an, tetapi pada asasnya hilang dari pentas utama muzik selepas penyanyi utama Natalie Maines memberitahu sebuah program di London bahawa dia “malu” kerana George W. Bush berasal dari Texas – dan kumpulan itu “tidak mahukan peperangan ini, keganasan ini”, yang merujuk kepada serangan yang hendak dilancarkan ketika itu ke atas Iraq.

Kenyataan itu tular dan banyak stesen radio country dengan cepat mengetepikan muzik mereka – termasuk lagu-lagu hit seperti ‘Wide Open Spaces’, ‘Goodbye Earl’ dan nyanyian semula bagi lagu popular kumpulan Fleetwood Mac ‘Landslide’.

Country dianggap ramai sebagai genre paling konservatif dalam dunia muzik AS. Ramai pengkritik menganggap penyingkiran kumpulan trio itu sebagai titik perubahan yang benar-benar memadamkan sebarang kelebihan yang masih ada padanya, dan artis bimbang akan “Dixie Chicked” jika mereka menyuarakan pendapat.

Namun pada Mac 2020 kumpulan itu mengeluarkan lagu single kebangkitan ‘Gaslighter’ dan berkata mereka akan mengeluarkan album baharu pertama mereka sejak 2006, tetapi tarikh keluarannya pada 1 Mei telah ditunda disebabkan oleh koronavirus.

Al-bum itu kini di-jangka tiba pada 17 Julai. — AFP

Advertisement