Anda di sini

COVID-19: Tiada kes baharu, satu kes sembuh di Sarawak

Advertisement
Perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak.
Perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak, hari ini.

KUCHING: Kes COVID-19 di Sarawak kekal 571 kes, selepas tiada kes baharu direkodkan untuk tempoh lima hari berturut-turut, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, dimaklumkan terdapat satu kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak hari ini. 

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj sebanyak 545 orang atau 95.45 peratus," katanya. 

Dalam pada itu, jelasnya, sebanyak sembilan orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital. 

Menurutnya lagi, jumlah kematian kekal sebanyak 17 orang.

"Sebanyak 22 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan 2 kes masih menunggu ujian makmal," ujarnya. 
 
JPBNS berkata, pada hari ini juga, seramai seramai 98 orang dibawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 13 buah hotel adalah seramai 837 orang.

Manakala seramai 17,275 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin.

"Ia menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 13 buah hotel adalah seramai 892 orang. Manakala seramai 17,124 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin," jelasnya lagi.

Manakala sehingga kini juga Kuching, Bintulu dan Sibu masih lagi berstatus zon Kuning sementara 37 lagi daerah berstatus zon Hijau.

Bagi pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun hingga hari ini sebanyak 1,869 premis telah dipantau iaitu pasaraya (220), restoran (369), kilang (23), bank (145), Pejabat Kerajaan (74), penjaja (42), pasar tani/awam (92), tempat ibadah (99), tempat riadah (62), tapak pembinaan (39) dan lain-lain (704).

Selain itu, seramai 663 pasukan pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (323), ATM (39), RELA (138), APM (93), PBT (51), KKM (6), KPDNHEP (4) dan Agensi lain (9).

Sementara itu, sekatan jalan raya OP Benteng pula hari ini, terdapat enam sekatan jalan raya di lima daerah bersempena iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1). 

"Daripada 6 sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,203 kenderaan telah diperiksa," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement