Anda di sini

Bahan mentah untuk pembalakan, industri perkayuan cukup

Advertisement
 Hamden (kiri) bersama yang lain semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah kawasan ladang hutan baru-baru ini.
LAWATAN: Hamden (kiri) bersama yang lain semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah kawasan ladang hutan baru-baru ini.

KUCHING: Sarawak tidak akan mengalami kekura-ngan bahan mentah untuk menampung aktiviti pembalakan dan industri perkayuan di negeri ini termasuk untuk dieksport ke luar negara menjelang 2030 jika perancangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) untuk mewujudkan ladang hutan berjalan lancar serta dipersijilkan.

Malahan menurut kenyata-an yang dikeluarkan jabatan kelmarin, berdasarkan keperluan semasa, rata-rata pasaran luar negara amat mementingkan balak serta produk kayu yang dikeluarkan dari ladang hutan serta mendapat status pensijilan pengurusan hutan untuk menampung industri di negara mereka.

Justeru, bermula tahun 2020, JHS telah menumpukan pembangunan ladang hutan serta memastikan mereka memperolehi status pensijilan tersebut.

Sementara itu mengulas lanjut, Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad dalam kenyataan sama memberitahu, Sarawak masih me-miliki lebih kurang 1.6 juta hektar tanah berstatus Hak Adat Bumiputera (NCR) boleh dibangunkan sebagai kawasan ladang hutan untuk menanam pelbagai spesies pokok cepat tumbuh serta tahan terhadap rintangan penyakit.

Beliau menambah di peringkat jabatan, selain daripada membangunkan tapak-tapak semaian untuk membekalkan benih-benih pokok yang berkualiti, jabatan turut mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak bagi membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memastikan program restorasi hutan berjaya.

“Di samping itu juga, JHS mewajibkan semua pelesen mendapatkan status pen-sijilan hutan bagi konsesi masing-masing.

“Sehingga kini, sebanyak 10 kawasan lesen yang berkeluasan 955,676 hektar telah dipersijilkan,” katanya.

Sehubungan itu, atas ke-pentingan pembangunan ladang hutan secara menye-luruh, beliau telah meng-adakan lawatan kerja ke salah sebuah kawasan ladang hutan yang terletak di Ulu Awik, Saratok.

Ladang berkenaan telah diusahakan bersama Syarikat Salam Serimas Sdn Bhd de-ngan 40 penduduk setempat di kawasan Ulu Awik di atas tanah NCR mereka.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat tersebut, Solomon Tan, ladang hutan berkenaan hanya terletak kira-kira 30 minit perjalanan mengguna-kan kenderaan dari pekan Saratok.

“Daripada 390 hektar kawasan sedia ada, seluas 210 hektar telah ditanam dengan spesies pokok cepat tumbuh iaitu batai atau nama saintifik-nya, Albizia falcatasppa spp,” katanya.

Menurut Solomon, berdasarkan kadar pertumbuhan iaitu 95 peratus dengan ukur lilit pokok yang mencapai 30 sentimeter bagi tempoh empat tahun penanaman dan pokok berkenaan sedia untuk dituai antara enam hingga tujuh tahun sahaja.

Para penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan boleh memanfaatkan kemudahan asas yang disediakan seperti jalan ladang untuk membangunkan tanah-tanah NCR mereka yang lain.

Sebagai rekod, melalui konsep terbabit terdapat dua kawasan penanaman ladang hutan yang telah berjaya dan boleh dijadikan model bagi menjayakan konsep ladang hutan yang berorentasikan projek usaha sama iaitu di Kaki Wong Mapar Saratok yang dilaksanakan oleh Syarikat Kaki Wong Forests Plantation Sdn Bhd bersama 80 penduduk Rumah Josephine Entira dengan keluasan 350 hektar.