Anda di sini

Suara akar umbi perlu didengar

Advertisement
FADLI
FADLI

KOTA BELUD: UMNO Bahagian Kota Belud tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk kembali menyertai UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Haji Fadli Haji Juanas berkata, UMNO Kota Belud  hanya mengetahui permohonan beliau selepas dimaklumkan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua UMNO Sabah.

"Bagaimanapun perkara  ini tidak dibincangkan semasa mesyuarat UMNO Sabah baru-baru ini," katanya.

"Perkara ini sudah saya bawa di dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Belud dan pendirian kami di UMNO Kota Belud, sudah saya sampaikan kepada kepimpinan di peringkat negeri dan Pusat," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, kelmarin.

Fadli berkata, UMNO Kota Belud berpendirian permohonan  mana-mana individu yang meninggalkan UMNO perlu diperhalusi dan dikaji dari segala sudut terutama sekali penerimaan akar umbi lebih-lagi lagi kita ingin mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO yang  sebelum ini menghadapi defisit sokongan rakyat.

"Suara akar umbi perlu didengar melebihi kepentingan yang lain," jelasnya.
Menurutnya, di dalam soal ini UMNO Kota Belud berpendapat kenyataan DS Bung lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian UMNO Sabah secara keseluruhannya.

"Permohonan daripada mana-mana  pemimpin atau individu yang ingin menyertai semula UMNO perlu mengambil kira sentimen rakyat di bawah yang kebanyakan masih terluka dan marah dengan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin  yang sanggup meninggalkan UMNO di saat UMNO kalah.

"Persoalannya di mana mereka di kala ahli UMNO yangg masih tinggal, bertatih untuk memperbaiki dan memperkukuhkan parti keramat ini?," katanya
"Kami di dalam UMNO Kota Belud berpendapat penerimaan mereka yang  meninggalkan parti perlulah bersandar kepada manfaat yang di bawa oleh mereka dan bukan sebaliknya," katanya.


 

Advertisement