Anda di sini

Simoi santuni ahli PBB di Kampung Tanjung Engkabang

Advertisement
 Simoi (kanan) bersama rombongan menziarahi Mek di kediamannya di Kampung Tanjung Engkabang, Sri Aman semalam.
PRIHATIN: Simoi (kanan) bersama rombongan menziarahi Mek di kediamannya di Kampung Tanjung Engkabang, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri telah meluangkan masa bersama Ran-ting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjung Engkabang untuk menziarahi Ketua Ranting Wanita Mek Bujeng di kediamannya di Kampung Tanjung Engkabang, di sini semalam.

Menurut Simoi, tujuan program ziarah itu adalah untuk melawat Mek yang tidak sihat sejak lima bulan lalu.

“Kita bersama dengan beberapa ahli PBB yang lain telah berkunjung sambil menziarahi beliau untuk bertanya khabar dan berharap selepas ini beliau akan sihat seperti sediakala,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, beliau bersama ahli PBB Cawangan Lingga akan me-neruskan program seperti itu di semua kawasan dalam DUN Lingga.

Advertisement