Anda di sini

Rancakkan industri pelancongan, tawar pakej lebih menarik

Advertisement
LISA
LISA

LAHAD DATU: Kebenaran masuk ke Sabah untuk tujuan percutian tanpa perlu menjalani ujian calitan COVID-19 dan kuarantin mendapat respon positif masyarakat di sini.

Dari tinjauan Utusan Borneo semlam, dua individu yang ditemui menyambut baik kebenaran itu sebagai langkah proaktif kerajaan memacu industri pelancong Sabah.

Bagi mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Lisa Dawi, 28, pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin itu berupaya memulihkan ekonomi rakyat Sabah terutama yang terkesan ekoran terjejasnya industri pelancongan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan COVID-19 sejak Mac lalu.

Menurutnya, pemegang pas-pas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia yang berada di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan boleh mencapai hasrat melancong ke sini.

"Kalau sebelumnya, banyak prosedur dan ketetapan perlu dijalani termasuk pematuhan arahan PKP iaitu ujian calitan dan fasa kuarantin COVID-19.

"Namun selepas ini ianya telah dilonggarkan dan saya sangat bersetuju kebenaran bercuti ke Sabah dibuka semula," katanya.

Meskipun demikian, menurut Lisa, kelonggaran ini bukan satu bentuk pelepasan untuk sewenang-wenangnya disalah gunakan dan diabaikan dengan melanggar tatacara pengendalian piawai (SOP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mencegah penularan COVID-19.

Katanya Borang Pengisytiharan Kesihatan perlu diisi dengan jujur dan SOP JKNS wajib dipatuhi.

"Dengan pematuhan itu, pelaksanaan pada kebenaran ini akan memberi manfaat kepada yang lain seterusnya pelaksanaan  melancong ke Sabah akan lebih terbuka lagi dan pulih di masa akan datang," katanya.

RATNA
RATNA

Bagi Ratnah Kassim, 46, kebenaran dari kerajaan negeri itu merupakan penanda aras pada penjanaan ekonomi dari industri pelancongan di Sabah.

Menurutnya, langkah ini perlu dimanfaat sepenuhnya kalangan pengusaha dan pekerja sektor pelancongan dengan penawaran pakej menarik dan berkesan.

"Saya menyeru agar kebenaran ini membuka minda semua pihak dalam industri ini untuk merubah strategi penawaran pakej pelancongan lebih menarik, lebih mudah dan seumpamanya demi mengalu-alukan kedatangan pelancong.

"Inilah peluang permulaan untuk meletakkan 'bachmark' pada penanda aras pemulihan industri pelancongan norma baharu di negeri Sabah," katanya.

Ratna berharap, semua pihak tampil memberi kerjasama sebaiknya demi menghidupkan industri pelancongan menjadi lebih berdaya saing dan produktif menggamit kedatangan pelancong terutama di Lahad Datu.



 

  • oleh
  • Advertisement