Anda di sini

Penghadang cegah musibah di pangkalan feri Batang Igan

Advertisement
 Juanda merakam kenangan di pangkalan feri Batang Igan yang sudah diletakkan penghadang.
DEMI KESELAMATAN: Juanda merakam kenangan di pangkalan feri Batang Igan yang sudah diletakkan penghadang.

MUKAH: Pangkalan perkhidmatan feri Batang Igan kini telah dipasang penghadang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ia merupakan permintaannya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak tahun lalu.

“Tujuan utama penghadang ini dipasang adalah kerana bimbang muatan lori berlebihan serta ketinggian muatan melampau yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna feri yang lain,” katanya kepada Utusan Borneo.

Di samping itu, muatan terlampau berat turut merosakkan jalan-jalan terutama di kawasan pesisir untuk jangka masa panjang.

Justeru, penghadang ber-kenaan adalah jalan terbaik bagi menghalang semua perkara itu berlaku dan beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada JKR kerana telah menjalankan tugas dengan baik.

Pada masa sama, Juanda mengatakan pasti ada antara pihak yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati me-ngenai perkara itu.

“Namun perlu diketahui bahawa kemudahan sedia ada adalah untuk penduduk kampung manakala konglomerat yang memiliki lori bersaiz gergasi hanya menum-pang kemudahan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menasihati konglomerat lori terbabit untuk mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan kerajaan.

Ketiadaan pihak penguat-kuasaan akibat kawasan luas bukanlah alasan untuk mereka mengambil kesempatan.

“Patuhi peraturan kerajaan untuk kemaslahatan semua pihak,” tegasnya lagi.

Advertisement