Anda di sini

Pegedar dadah warga asing ditahan bersama syabu

Advertisement
 Suspek bersama syabu yang dirampas oleh polis.
TANGKAPAN: Suspek bersama syabu yang dirampas oleh polis.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ,42, dipercayai pengedar dadah ditahan bersama syabu seberat 50.71 gram, di Kampung Vietnam Jalan Tanjung Batu, pada jam 11 pagi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, tangkapan dibuat semasa sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melakukan pemantauan di lokasi berkenaan sebelum menemui suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran sepasukan polis dan berlakunya pergelutan sebelum suspek berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek, anggota polis berjaya menemui lima paket plastik berisi ketulan hablur dipercayai syabu dianggarkan bernilai lebih RM5,000 ditemui pada poket seluar yang dipakainya," katanya dalam kenyataan media, di sini semalam

Menurut Peter, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek seorang penganggur dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Bagaimanapun, suspek itu mendakwa hanya mengambil upah sebanyak RM20 daripada seorang individu lain untuk menghantar syabu berkenaan kepada pembeli," katanya.

Peter berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga menunjukkan kandungan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan Seksyen 15(1) akta yang sama atas kesalahan penagihan dadah," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement