Anda di sini

Meraikan mercu tanda dalam kehampaan

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan Atletico Madrid di Stadium Camp Nou, Barcelona. — Gambar AFP
CETUSKAN SITUASI CEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan Atletico Madrid di Stadium Camp Nou, Barcelona. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi menjaringkan gol ke-700 dalam kerjayanya tetapi Barcelona tersentak lagi dalam impian memburu kejuaraan La Liga Sepanyol selepas diikat 2-2 oleh Atletico Madrid pada Selasa.

Messi menyempurnakan satu tendangan penalti untuk mencipta satu lagi mercu tanda di Nou Camp tetapi dua kali Atletico bangkit dengan dua gol penalti Saul Niguez selepas Barca membuka gol awal menerusi gol sendiri penyerang Atletico, Diego Costa.

Keputusan seri itu memberikan Real Madrid peluang untuk menjarakkan kedudukan di singgahsana liga dengan kelebihan empat mata jika menewaskan Getafe pada perlawanan lewat, dengan baki lima perlawanan sahaja lagi pada musim ini.

Atletico kekal di tangga ketiga, dua mata di hadapan Sevilla, yang menang 3-0 di Leganes.

Dengan kelebihan rekod pertemuan, ia memerlukan satu prestasi buruk dramatik untuk Real Madrid gagal memenangi kejuaraan liga namun tiada juga jaminan Barca boleh menamatkan saingan lebih bagus pada baki musim.

Ia adalah keputusan seri ketiga dari empat perlawanan, dengan cadangan berlaku tiada persefahaman di antara pemain dan kakitangan kejurulatihan kelab selain masa depan jurulatih Quique Setien juga samar.

“Dari bilik persalinan, ya, saya berasa seperti disokong pemain,” kata Setien.

“Dan berkaitan dengan pertemuan dengan lembaga pengarah kelab, saya tidak akan berkata tentang apa yang dibincangkan.”

Setien juga ditanya tentang kedudukannya pada awal minggu dan terpaksa menolak kepentingan perbualan pandangan jujur dalam bilik persalinan selepas seri di Celta Vigo hujung minggu lepas.

Messi juga menimbulkan kontroversi apabila tidak mengendahkan arahan penolong Setien, Eder Sarabia semasa rehat untuk minum di Vigo dan pada Selasa, ia mustahil untuk membandingkan kedua-dua jurulatih, di mana Diego Simeone dikelilingi oleh pemainnya sementara Setien kelihatan bersendirian.

Pada tamat permainan, Setien kelihatan merenung sepi dengan keputusan seri terbaharu tetapi beliau terpaksa membuat keputusan berani, meletakkan penyerang bernilai 120 juta euro, Antoine Griezmann di bangku simpanan dan menurunkan penyerang berusia 20 tahun, Ruqui Puig dalam kesebelasan utama.

“Ia benar mengeluarkan beliau dari skuad (utama) seperti itu adalah sukar untuk seorang pemain seperti beliau tetapi situasi memaksa saya melakukannya,” kata Setien ketika merujuk kepada Griezmann.

Namun Barca bermula dengan baik apabila Costa tertolak satu tendangan sudut Messi ke pintu golnya sendiri.

Selepas itu, Costa gagal menyempurnakan satu penalti selepas Yannick Carrasco dikasari Gerard Pique.

Tendangan Costa ditepis penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen tetapi video bantuan pengadil (VAR) melihat Ter Stegen terlalu awal keluar dari posisinya, membolehkan Atletico diberikan peluang kedua menyempurnakan penalti.

Messi akhirnya mencapai mercu tanda itu dengan penalti pada minit akhir sebelum rehat.

Tetapi ketika Barca memburu gol untuk menamatkan saingan, Atletico mengikat kedudukan dengan satu lagi penalti apabila Semedo mengasari Carrasco, membolehkan Saul sekali lagi menewaskan Ter Stegen.

Pada awal permainan, Oliver Torres menjaringkan dua gol dan satu lagi gol dijaringkan Munir El Haddadi ketika Sevilla menewaskan Leganes, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga keempat liga.

Sevilla kini berkelebihan lima mata berbanding Getafe. — AFP

Advertisement