Anda di sini

Lelaki terjatuh sungai ditemukan lemas 

Advertisement
 Mangsa yang ditemukan lemas oleh pasukan SAR diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
JUMPA: Mangsa yang ditemukan lemas oleh pasukan SAR diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

PAPAR: Lelaki yang terjatuh di Sungai Kampung Mondikot semasa membaiki kabel elektrik ditemukan lemas oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Roslie Jun berkata, mangsa dikatakan cuba membaiki kabel yang terputus berhampiran sungai bagaimanapun terjatuh sebelum panggilan kecemasan dibuat jam 2.44 petang.

"Bertindak dengan kejadian pasukan bomba digerakkan ke lokasi sejauh 25 kilometer dari jarak balai.

"Kita menjalankan pencarian mengikut kaedah ‘Surface Rescue and Surface Searcing’ di sepanjang laluan sungai itu bersama dengan agensi-agensi penyelamat yang lain serta orang awam.

“Mangsa dikenali sebagai Agku Salam, 38, kemudiannya ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan jam 9.20 malam.