Anda di sini

'Kita semua 'frontliner': Frankie

Advertisement
FRANKIE
FRANKIE

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Min Fung menyifatkan setiap individu di negeri ini adalah anggota barisan hadapan (frontliner) tanpa ada yang terkecuali.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mempraktikkan disiplin norma baharu dalam rutin harian kehidupan masing-masing mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang betul.

"Kita mesti tidak mengambil sikap sambil lewa sekalipun keadaan sekarang lebih terkawal dan setakat ini juga kita sudah mencatatkan 372 kes positif COVID-19, 355 sembuh dan tujuh kematian.

"Pematuhan SOP ini penting bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga keluarga dan masyarakat sekeliling dalam usaha bersama memutuskan rantaian pandemik COVID-19," katanya.

Frankie berkata demikian pada sidang medianya di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan keadaan lebih tenang di negeri ini sepanjang tempoh 22 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekalipun ada sekatan perjalanan tertentu.

"Kita mesti berterusan melatih diri untuk mengamalkan penjarakan sosial, tidak berapat dalam satu tempat, mengelak kawasan sesak orang ramai dan memakai pelitup muka jika berada di luar rumah," katanya.

Menyentuh perkembangan COVID-19 juga, peniaga-peniaga di tingkat bawah Pasar Umum Sandakan kini dibenarkan beroperasi semula selepas ditutup sementara waktu semenjak 30 Jun lepas.


 

  • oleh
  • Advertisement