Anda di sini

JKNS terima bantuan 25 alat terapi oksigen

Advertisement
 Frankie berterima kasih dengan semua pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk kelengkapan rawatan dalam usaha menangani COVID-19.
BANTUAN: Frankie berterima kasih dengan semua pihak yang prihatin menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk kelengkapan rawatan dalam usaha menangani COVID-19.

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerima bantuan sebanyak 25 alat terapi oksigen (Oxygen Concentrator) sumbangan daripada Yayasan Temasek (YT) Singapura.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon Min Fung berkata, alat itu akan diagihkan kepada hospital-hospital di negeri ini sesuai keperluan berdasarkan kajian yang dijalankan.

"Lapan hospital yang menerima bantuan dua unit alat ini adalah Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, serta Hospital Duchess of Kent Sandakan.

"Selain Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu, Hospital Tawau dan Hospital Beaufort," katanya, di sini, semalam, pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Manakala, Hospital Kudat, Hospital Tuaran, Hospital Semporna, Hospital Kunak, Hospital Beluran, Hospital Ranau, Hospital Sipitang, Hospital Kota Belud dan Hospital Kota Marudu pula menerima satu unit.

Frankie berkata, bantuan itu adalah kali ketiga disampaikan oleh YT yang sebelum ini pernah menghulurkan sumbangan kelengkapan rawatan dan perubatan lain kepada JKNS pada 9 April dan 19 Jun lepas.

"Alat terapi oksigen ini sudah tentu membantu kita dalam memantau tahap kesihatan orang yang disyaki menghidap COVID-19 selepas menjalani ujian pemeriksaan saringan kesihatan masing-masing," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement