Anda di sini

EU tarik balik sekatan kemasukan 15 negara

Advertisement

WASHINGTON: Kesatuan Eropah (EU) membuka semula sempadan semalam kepada pelawat dari 15 negara – tetapi tidak dari Amerika Syarikat (AS) yang diserang virus, di mana seorang pegawai kesihatan tertinggi memberi amaran bahawa negara itu sedang menuju ke “arah yang salah” selepas kes merun-cing di beberapa negeri.

Pakar penyakit berjangkit AS Anthony Fauci berkata AS mungkin akan menyaksi-kan 100,000 kes COVID-19 baharu sehari, dan beberapa negeri AS melaksanakan kuarantin selama 14 hari ke atas orang yang tiba dari negeri lain.

Juga di AS, calon presiden Demokrat Joe Biden mengumumkan beliau tidak akan mengadakan rapat umum pada waktu wabak sekarang, satu tindakan yang ketara sekali berbeza daripada tindakan Presiden Donald Trump, yang telah mengadakan perhimpunan kempen besar.

Bekas naib presiden ber-usia 77 tahun itu menyampaikan kritikan yang pedas mengenai cara Trump – yang akan ditentangnya pada November – menangani virus berkenaan, dan berkata presiden Republikan itu telah “mengecewakan” negara.

“Ini adalah kempen yang paling pelik pada hemat saya dalam sejarah moden,” kata Biden.

“Saya akan mengikuti arahan doktor, bukan hanya untuk diri saya sendiri tetapi juga negara, dan itu bermakna saya tidak akan mengadakan rapat umum.”

Di Brussels, EU memuktamadkan senarai negara dengan situasi kesihatan yang dianggap cukup selamat untuk membenarkan penduduk memasuki blok itu bermula semalam.

Dikecualikan adalah Rusia dan Brazil, selain AS, yang menyaksikan bilangan kematian harian melepasi 1,000 kelmarin buat pertama kali sejak 10 Jun.

Negara yang dimasukkan ke dalam senarai EU adalah Algeria, Australia, Kanada, Jepun, Georgia, Montenegro, Maghribi, New Zealand, Rwanda, Serbia, Korea Selatan, Thailand, Tunisia dan Uruguay.

Pelawat dari China, di mana virus itu mula-mula muncul lewat tahun lepas, akan dibenarkan masuk dengan syarat Beijing melakukan perkara yang sama dan membuka pintu kepada penduduk EU.

Pembukaan sempadan, yang akan disemak semula dalam masa dua minggu dan diserahkan kepada negara anggota untuk dilaksanakan, adalah satu usaha untuk membantu menyelamatkan sektor pelancongan yang teruk terjejas di benua itu, yang telah dicekik oleh larangan ke atas perjalanan tidak perlu dan penting yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan Mac lalu.

Namun dengan kira-kira 10.4 juta jangkitan yang diketahui di seluruh dunia, pandemik itu “malah masih jauh lagi daripada berakhir”, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Di Washington, Fauci, seorang anggota pasukan petugas koronavirus Trump, memberi amaran kepada Kongres bahawa “kita jelas sekali tidak mengawal ke-adaan sepenuhnya buat masa sekarang”.

“Saya tidak akan terkejut jika ia naik kepada 100,000 sehari jika ini tidak berubah.”

Peningkatan yang mencemaskan di Texas dan Florida memacu jumlah kes baharu keseluruhan pada peringkat kebangsaan kepada lebih 40,000 sehari, dan ia perlu dimampatkan dengan cepat untuk mengelak penambahan berbahaya di tempat lain dalam negara, tegas Fauci.

Texas sahaja melaporkan 6,975 kes COVID-19 baharu kelmarin, jumlah tertinggi di sana setakat ini.

“Saya sangat bimbang dan saya tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku, kerana kita sedang menuju ke arah yang salah,” kata Fauci.

Pandemik itu sudah mera-gut kira-kira 127,000 nyawa di AS setakat ini dan lebih 508,000 di seluruh dunia.

Senator Lamar Alexander, seorang ahli Republikan yang mempengerusikan panel Senat, menggesa Trump untuk berhenti mempolitikkan pemakaian pelitup muka dengan memakai sendiri pelitup muka.

“Presiden dikagumi ramai orang, mereka akan mengikuti contohnya,” kata Alexander. “Ia akan membantu menamatkan perdebatan politik ini.”

New York, New Jersey dan Connecticut kelmarin menggandakan kepada 16 jumlah negeri di AS di mana penduduk mereka mesti menjalani kuarantin selama 14 hari jika mereka melawat mana-mana negeri timur laut.

Sementara itu Pertubuhan Kesihatan Seluruh Amerika memberi amaran bahawa jumlah kematian akibat koronavirus di rantau Caribbean dan Amerika Latin mungkin akan mencecah 400,000 menjelang Oktober tanpa langkah kesihatan awam yang lebih ketat.

Ini bermakna kes kemati-an akibat COVID-19 akan meningkat empat kali ganda di rantau tersebut.

Sementara itu Presiden Brazil Jair Bolsonaro menikmati kemenangan kelmarin apabila seorang hakim menarik balik satu keputusan  mahkamah yang memaksa-nya memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Hakim itu menganggap keputusan mahkamah itu sebagai tidak perlu kerana pelitup muka sudah pun mandatori di Brasilia.

Syarikat pembuatan pesawat dari Eropah, Airbus, berkata ia merancang untuk menamatkan kira-kira 15,000 pekerjaan di seluruh dunia, iaitu 11 peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya.

Britain, yang menyaksi-kan wabak paling buruk di Eropah, sudah pun me-nyaksikan pengecutan suku tahunan paling tinggi dalam tempoh 40 tahun, menguncup sebanyak 2.2 peratus daripada Januari-Mac.

Keadaan terburuk belum lagi berlaku, dan pakar ekonomi meramalkan penurunan dua angka dalam keluaran dalam tempoh suku kedua, seterusnya meletakkan Britain dalam ke-melesetan teknikal.

Perdana Menteri Boris Johnson kelmarin berikrar untuk melaksanakan “revolusi infrastruktur” bagi membantu negara keluar daripada kemerosotan eko-nomi.

Jerman, yang telah dipuji kerana cara ia menangani COVID-19, menyaksikan negerinya Rhine Utara-Westphalia melanjutkan sekatan pergerakan di sebuah daerah yang terjejas teruk disebabkan oleh wabak di sebuah kilang sembelih.

Di Australia pula, peningkat kes di beberapa tempat di Melbourne mendorong langkah duduk-di-rumah baharu yang menjejaskan kira-kira 300,000 orang.

Di seluruh dunia, acara sukan terus dikeluarkan dari kalendar, termasuk Piala Negara-Negara Afrika 2021 dan baki kejohanan World Rugby Sevens Series pada tahun ini. — AFP

Advertisement