Anda di sini

COVID-19: Pasar Umum Sandakan dibuka semula

Advertisement
WONG
WONG

SANDAKAN: Pengerusi Operasi Bencana Daerah Sandakan Wong Foo Tin berkata, Pasar Umum Sandakan akan dibuka semula bermula jam 10 malam (Khamis) berpandukan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan.

“Penutupan sementara jam 5 petang pada 30 Jun 2020 sehingga 2 Julai 2020 adalah bertujuan disinfeksi menyeluruh di sekitar kawasan dalam dan luar pasar berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berkata, disinfeksi menyeluruh telah dilaksanakan bersama oleh pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan MPS.

“Taklimat berkaitan pematuhan SOP dan langkah pencegahan telah dijalankan tiga sesi untuk para peniaga di pasar itu oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan COVID-19,” katanya.

Wong berkata, tiga sesi taklimat itu bermula jam 9 pagi hingga 9.30 pagi kepada pemborong ikan dan peniaga gerai lot ikan, 9.40 pagi hingga 10.10 pagi untuk pemborong sayur, ayam dan daging serta peniaga lot sayur, ayam, daging dan peniaga runcit di pasar itu.

“Manakala sesi taklimat ketiga bermula jam 10.20 pagi hingga 10.50 pagi kepada peniaga pasar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pemantauan pematuhan SOP yang berteruskan akan terus dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan COVID-19 di pasar ini.

“Sekiranya terdapat pelanggaran SOP, penutupan selama tujuh hari dan pengeluaran kompaun akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

 

  • oleh
  • Advertisement