Anda di sini

19 maut dalam letupan gas di klinik di Tehran

Advertisement
 Gabungan gambar diperolehi daripada agensi berita Iran Press menunjukkan kejadian letupan di sebuah klinik              di utara Tehran kelmarin. — Gambar AFP
LETUPAN GAS: Gabungan gambar diperolehi daripada agensi berita Iran Press menunjukkan kejadian letupan di sebuah klinik di utara Tehran kelmarin. — Gambar AFP

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam kejadian letupan di sebuah klinik di utara Tehran, Iran kelmarin, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap Jabatan Bomba Jalal Maleki.

Beliau berkata 15 daripada mangsa yang maut itu terdiri wanita dan empat lelaki manakala enam lagi cedera.

Seramai 20 orang yang terperangkap dalam ba-ngunan itu diselamatkan anggota bomba, tambah beliau.

Letupan kuat itu turut menyebabkan kebakaran di bangunan Klinik Perubatan Sina yang terletak di kawasan sesak  dekat dengan dataran Tajrish.

Laporan media tempatan mengatakana punca kejadian disebabkan tangki oksigen meletup. — Bernama

Advertisement