Anda di sini

Pinto bakal galas tugas bimbing UAE

Advertisement
JORGE LUIS PINTO
JORGE LUIS PINTO

DUBAI: Jorge Luis Pinto, paling dikenali kerana membimbing Costa Rica ke peringkat suku akhir Piala Dunia, bakal mengambil alih tugas dalam pasukan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata persekutuan bola sepak tempatan kelmarin.

Pengurus berusia 67 tahun dari Colombia itu menandatangani kontrak selama dua tahun yang akan berakhir selepas kejohanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, media tempatan melaporkan selepas persekutuan itu berkata perjanjian itu sudah diberi lampu hijau.

Pinto telah memenangi kejuaraan liga bersama kelab di Colombia, Peru, Costa Rica dan Venezuela, tetapi mendapat pengiktirafan global apabila dia membimbing Costa Rica ke peringkat akhir Piala Dunia pada 2014.

Pinti disanjung selepas pencapaian yang berakhir dengan kekalahan dalam penentuan tendangan penalti di tangan Belanda, selepas memenangi kumpulan yang sukar, dengan menewaskan Uruguay dan Itali serta seri dengan England.

UAE kini menduduki tempat keempat dalam kumpulan kelayakan awal Piala Dunia di mana hanya pemenang sahaja dijamin akan mara ke pusingan kelayakan terakhir, tetapi ada kelebihan baki satu perlawanan lagi.

Pinto menggantikan tempat Ivan Jovanovic dari Serbia, yang telah mengikat kontrak jangka pendek ketika sekatan pergerakan koronavirus menyaksikan UAE melepaskannya. — AFP

Advertisement