Anda di sini

Kurzawa sambung kontrak bersama PSG sehingga 2024

Advertisement
LAYVIN KURZAWA
LAYVIN KURZAWA

PARIS: Pemain antarabangsa Perancis Layvin Kurzawa telah menandatangani kontrak baharu bersama Paris Saint-Germain (PSG) untuk mengekalkannya di kelab itu sehingga 2024, juara Ligue 1 itu mengumumkan kelmarin.

“Paris Saint-Germain gembira untuk mengumumkan lanjutan kontrak Layvin Kurzawa selama empat musim lagi,” kelab ibu kota itu menyebut dalam satu kenyataan.

Lanjutan kontrak pemain pertahanan kiri Kurzawa dibuat hanya sehari sahaja sebelum ia dijadual tamat, lima tahun selepas dia tiba dari seteru dalam Ligue 1, Monaco.

Kurzawa, yang membuat 24 penampilan dalam semua pertandingan pada musim ini, dapat bermain dalam perlawanan akhir Piala Perancis dan Piala Liga pada Julai, selain pada peringkat suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara di Lisbon pada Ogos.

Pemain berusia 27 tahun itu amnya telah dikerahkan sebagai sokongan kepada pemain pertahanan kiri antarabangsa Sepanyol Juan Bernat, tetapi menerima sokongan jurulatih PSG Thomas Tuchel pada Jumaat lepas.

“Layvin menikmati musim yang sangat baik dan boleh diharapkan. Jika kita dapat memilikinya dan Juan, kami pasti sangat kuat dalam posisi itu (pertahanan kiri),” kata Tuchel.

Kurzawa sudah bermain sebanyak 123 kali dalam semua pertandingan untuk PSG sejak dia tiba lima tahun lalu, dan membuat 12 penampilan untuk Perancis dengan menjaringkan satu gol.

PSG turut mengumumkan bahawa pemain pertahanan tengah yang sudah sekian lama bermain Thiago Silva, penyerang Eric Maxim Choupo-Moting dan pnjaga gol sokongan Sergio Rico sudah melanjutkan kontrak mereka sehingga akhir musim sekarang.

Ini bermakna ketiga-tiga pemain itu juga dapat bermain dalam dua final piala bagi kelab itu dan peringkat hujung Liga Juara-Juara.

Musim Ligue 1 ditamatkan awal kerana pandemik koronavirus, dan PSG dinobatkan sebagai juara. — AFP