Anda di sini

Kes 43 pelajar Mexico hilang, pengedar dadah ditangkap

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan penunjuk perasaan membawa gambar sebahagian daripada 43 pelajar yang hilang semasa berdemonstrasi di negeri Guerrero pada 26 September, 2019. — Gambar AFP
TUNTUT KEADILAN: Gambar fail menunjukkan penunjuk perasaan membawa gambar sebahagian daripada 43 pelajar yang hilang semasa berdemonstrasi di negeri Guerrero pada 26 September, 2019. — Gambar AFP

KOTA MEXICO: Mexico telah menangkap seorang lelaki yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai disyaki terhadap 43 pelajar yang hilang pada 2014 di negeri Guerrero, seorang sumber kerajaan memberitahu AFP kelmarin.

Kehilangan pelajar tersebut menjadi simbol keganasan kejam yang melanda negara itu, termasuk – ramai mendakwa – hubungan samar antara kartel-kartel dadah berkuasa dengan anggota polis yang korup.

Angel Casarrubias “ditangkap pada Rabu lepas di Negeri Mexico,” kata pegawai kerajaan persekutuan, yang meminta namanya dirahsiakan.

Kumpulan pelajar tersebut telah merampas lima bas untuk mengikuti satu bantahan pada malam 26 September 2014, namun diserang oleh polis perbandaran di bandar Iguala, Guerrero.

Pihak pendakwaan pada mulanya menyatakan anggota polis telah menghantar 43 guru pelatih kepada pembunuh upahan kartel dadah, yang membunuh mereka, membakar hingga hangus mayat mereka dan membuang rangka tersebut ke dalam sungai.

Bagaimanapun, pakar bebas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara-Amerika telah menolak kesimpulan oleh pihak kerajaan, dan kes yang belum selesai itu masih menjadi kesan kotor dalam reputasi Mexico.

Prodh, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang menasihatkan ahli keluar-ga mangsa, menyatakan di Twitter bahawa penangkapan adalah “relevan” kerana Casarrubias, yang berada dalam buruan sejak 2014, “dapat menyumbang kepada pengesahan dalam kes tersebut.”

Dia adalah saudara lelaki kepada Sidronio, Mario dan Adan Casarrubias, yang dipercayai adalah ketua kartel Guerreros Unidos (United Warriors). Mereka ditangkap beberapa bulan selepas pelajar tersebut hilang.

Pejabat pendakwaan per-sekutuan mempercayai Sidronio Casarrubias bertanggungjawab  ke atas serangan itu. — AFP

Advertisement