Anda di sini

Tiada kes baharu COVID-19 dilapor di Sarawak

Advertisement
Infografik JPBNS
Infografik JPBNS

KUCHING: Tiada kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa dalam satu kenyataan berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 571 kes.

Menurutnya lagi, dimaklumkan terdapat satu kes baharu sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak hari ini.

"Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang sembuh dan discaj kekal sebanyak 538 orang atau 94.22 peratus.

"Sebanyak 16 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital," menurut jawatankuasa.

Sementara itu, tambah JPBNS, jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri ini kekal sebanyak 17 orang.

Manakala sebanyak 54 kes orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiga kes masih menunggu ujian makmal.

"Pada hari ini, seramai 32 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 13 buah hotel adalah seramai 844 orang.

"Manakala seramai 17, 017 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin," katanya.

Sementara itu, sehingga semalam tiga kawasan di Sarawak dikategorikan zon kuning iaitu Kuching, Bintulu dan Sibu manakala 37 lagi daerah zon hijau.
 

  • oleh
  • Advertisement