Anda di sini

Rumah terbakar di Kg. Sinsian

Advertisement
 Api marak memusnahkan sebuah rumah di Kg Sinsian Jalan Kundasang, Ranau.
MUSNAH: Api marak memusnahkan sebuah rumah di Kg Sinsian Jalan Kundasang, Ranau.

RANAU: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah terbakar di Kampung Sinsian Jalan Kundasang, di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Becket Gumat berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.12 pagi, pihaknya menggegaskan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal seluas 20x30 kaki persegi dan pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jenteranya.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.23 pagi dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini," katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera.
PADAM: Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera.
  • oleh
  • Advertisement