Anda di sini

Real Madrid berjaya pintas Barcelona selepas berjaya menewaskan Espanyol

Advertisement

MADRID, Sepanyol: Karim Benzema menghasilkan satu lagi kehebatan ketika Real Madrid menjarakkan kedudukan dengan kelebihan dua mata di singgahsana La Liga Sepanyol berbanding Barcelona selepas menewaskan kelab tercorot, Espanyol pada Ahad.

Gol volley Benzema ketika menentang Valencia mungkin gol tercantik musim ini dan  beliau sekarang boleh menuntut umpanan gol terbaik juga selepas tolakan belakang kaki kepada Casemiro membolehkan kemenangan 1-0 ke atas Espanyol.

Kelebihan dua mata Real Madrid dalam liga itu hadir selepas Barca seri dengan Celta Vigo pada perlawanan hari Sabtu dan ia adalah jurang mata paling besar mereka sejak bulan Februari dan meletakkan kelab mengintai kejuaraan liga yang kedua dalam tempoh lapan tahun.

“Ia adalah satu kemenangan yang sangat penting,” kata Benzema. “Saya tidak dapat berkata kami tidak melihat situasi di Barcelona, sudah tentu kami memantaunya. Tetapi kami memberi fokus kepada situasi kami sendiri. Tidak ada banyak perlawanan selepas ini dan setiap perlawanan seperti final sekarang.”

Menjelang pertemuan menentang Getafe pada hari Khamis, jurang mata itu mungkin bertambah jika Atletico Madrid mengelak kekalahan apabila menentang Barcelona pada hari ini.

Barcelona sememangnya mempunyai baki perlawanan yang sukar, menentang Villareal selepas menentang Atletico dan kemudian menentang kelab jiran, Espanyol, yang menunjukkan mereka masih menamatkan musim dengan baik selepas pasukan itu menunjukkan prestasi yang lebih memberangsangkan ketika di bawah kendalian jurulatih baharu, Francisco Rufete.

Rufete, yang sebelum ini adalah pengarah teknikal kelab, adalah jurulatih keempat Espanyol musim ini selepas pemecatan Abelardo Fernandez pada Sabtu.

Tugas beliau sekarang ialah merapatkan jurang ketinggalan sembilan mata di antara pasukannya yang berada di tangga ke-20 dengan Celta Vigo yang berada di tangga ke-17.

Mereka bagaimanapun tidak bernasib baik dengan kehebatan Benzema, yang menjadi pemangkin kejayaan Real selepas mencipta lima kemenangan dari lima perlawanan sejak La Liga Sepanyol disambung semula pada 11 Jun.

Kemenangan Real hadir selepas Villarreal menewaskan Valencia 2-0 dengan Santi Cazorla mengumpan bola kepada Gerard Moreno dengan satu lagi gol dijaringkan Paco Alcacer.

“Saya harus memberikan pujian yang tinggi kepada Karim,” kata Casemiro. “Ia umpanan yang hebat. Kami sudah biasa dengan kehebatannya. Saya tahu kualiti yang beliau miliki, jadi saya menjangkakan sesuatu. Beliau mendengar saya meminta bola dan melakukan umpanan yang cukup licik.”

Real bagaimanapun tetap dipaksa bekerja-keras dan ia mungkin kemenangan yang kurang memberangsangkan sepanjang tiga minggu terakhir.

Espanyol mempamerkan aksi memberangsangkan dan hampir membuka jaringan dalam separuh masa pertama tetapi rembatan penyudah Sergi Darder dihadang Dani Carvajal.

Real mencipta beberapa peluang yang baik tetapi penyudah hambar tetapi satu gol sudah memadai untuk mengekalkan rentak kemenangan. — AFP

Advertisement