Anda di sini

Proses PdP di SMK Lohan berjalan lancar

Advertisement
 Habdin bersama dua guru yang lain ketika berada di salah sebuah kelas Tingkatan 6 SMK Lohan.
PDP: Habdin bersama dua guru yang lain ketika berada di salah sebuah kelas Tingkatan 6 SMK Lohan.

RANAU: Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di SMK Lohan di sini, berjalan lancar dan teratur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tinjauan ke sekolah itu kelmarin, mendapati SOP yang telah ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara individu lain melibatkan 206 pelajar tingkatan 5 dan 108 pelajar tingkatan 6 yang memulakan persekolahan sejak 24 Jun lepas.

Pengetua SMK Lohan Ranau Habdin Ariffin ketika ditemui berkata, pematuhan SOP yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi bukan sahaja
melibatkan pelajar malah guru-guru dan warga sekolah seluruhnya.

“Kita adalah bertanggungjawab memperketatkan pematuhan SOP yang ditetapkan KPM bagi menghindar warga sekolah dijangkiti pandemik COVID-19 yang kini menular seluruh dunia," katanya.

Beliau menegaskan warga sekolah termasuk para ibu bapa akan sentiasa mempastikan tidak ada jangkitan COVID-19 berlaku di sekolah berkenaan.