Anda di sini

Program terbaik dari Korea di Astro pada Julai ini

Advertisement

PELBAGAI program Korea terbaik termasuk K-drama hebat, 100 episod siri Running Man sempena ulang tahun ke-10 dan juga program-program yang menampilkan bintang-bintang K-pop terbesar boleh dinikmati oleh para pelanggan Astro sepanjang bulan Julai ini menerusi TV, Astro GO dan di on demand.  

Peminat boleh menikmati K-drama terhebat seperti siri terbaharu yang dibintangi oleh Ji Chang Wook dan Kim Yoo-jung iaitu ‘Backstreet Rookie’. Episod-episod siri ini boleh dinikmati pada minggu yang sama dengan Korea melalui saluran ONE (saluran 393).

Episod ‘Backstreet Rookie’ ini juga boleh distrim menerusi on demand serta melalui aplikasi iQIYI untuk menonton pada waktu yang sama dengan Korea.

Selain itu, peminat Ji Chang Wook juga boleh strim kesemua episod siri seni mempertahankan diri, ‘Warrior Baek Dong-Soo’ dan drama perundangan, ‘Suspicious Partner’, menerusi on demand dan di Astro GO.

Penonton juga dapat menonton semula drama tular dan paling menjadi sebutan, ‘The World of the Married’ yang dibintangi oleh Kim Hee-ae, pemenang ‘Pelakon Utama di TV’ di Anugerah Seni Baeksang ke-56 baru-baru ini bagi lakonannya sebagai Ji Sun-Woo untuk siri ini.

Drama menarik ini pasti membuatkan peminat terpikat dengan jalan ceritanya yang menarik, adegan balas dendam dan penceritaan yang penuh dengan liku.

Juga jangan lupa tayangan perdana yang disediakan pada hari yang sama seperti di Korea iaitu siri ‘Flower of Evil’, yang dibintangi oleh Lee Joon Gi dan Moon Chae Won, serta ‘Memorials’, sebuah komedi drama yang dibintangi oleh Nana, dahulunya bintang dari Orange Caramel.

Pelanggan yang meminati program popular, Running Man, dapat menikmati ‘10-years of Running Man’, dengan 100 episod yang boleh distrim pada bila-bila masa menerusi on demand dan di Astro GO sebagai sambutan ulang tahun ke-10 program ini. Peminat juga dapat menikmati episod terbaharu Running Man setiap Jumaat melalui saluran ONE (saluran 393).

Peminat K-pop juga boleh strim pelbagai program muzik, program realiti dan drama yang menampilkan K-Idol terhebat melalui on demand termasuklah tayangan perdana program realiti yang dinanti-nantikan iaitu I-LAND, pada 2 Julai jam 11 malam di tvN HD (saluran 395).

I-LAND dihasilkan oleh Big Hit Entertainment dan CJ E&M Entertainment yang merupakan program pencarian artis K-pop untuk generasi baharu di Korea dengan konsep yang menarik.

Turut tersedia siri lengkap (boxsets) ‘Road to Kingdom’ yang menampilkan Pentagon, ONF, Golden Child, The Boyz, Verivery, Oneus dan TOO; Super M: The Beginning; 2019 KCON New York; Real Men 300 yang menampilkan Lisa (Blackpink), Hongseok (Pentagon), Shownu dan banyak lagi; Monchouchou Global House menampil-kan Lee Dae-hwi (AB6IX) serta Farming Academy Musim 1 dan 2 yang bersama Bo Mi (Apink).

Kemunculan semula yang paling dinanti-nantikan untuk Blackpink dan Seventeen dalam ‘K-pop Countdown (Inkigayo)’ pada 4 Julai pada jam 11.50 pagi di ONE HD (saluran 393).

Saksikan juga drama K-Idol ‘Rich Man’ yang menampilkan Suho (EXO); ‘Revenge Note Musim 1’ yang dibintangi Cha Eun Woo (Astro); ‘Touch’ yang menampilkan Yeonwoo (Momoland); ‘Confession’ yang dibintangi Lee Joon-Ho (2PM); ‘Welcome’ yang dibintangi oleh L (Infinite); dan ‘King of Hip Hop’ yang menampilkan Lee Ho-Won (sebelumnya Infinite), Lee Na-Eun (April) dan Shin Won-Ho (Cross Gene).

Turut ditayangkan adalah episod mingguan ‘Master in the House’, ‘The Great Escape 3’, ‘Weekly Idol’ serta ‘Best of Chef’ dan ‘My Fridge’.

Strim program yang menampilkan bintang-bintang idola terhebat dari Korea ini bila-bila masa di on demand dan Astro GO.

Advertisement