Anda di sini

Prasekolah, tadika bersiap sedia sebelum bermula esok

Advertisement
Rowena (dua kanan) membantu guru dan kakitangan sekolah mempersiapkan tanda dalam kelas sebagai persiapan akhir sebelum kelas bermula esok.
Rowena (dua kanan) membantu guru dan kakitangan sekolah mempersiapkan tanda dalam kelas sebagai persiapan akhir sebelum kelas bermula esok.

KUCHING: Menjelang esok, maka bermula pembukaan prasekolah dan tadika sama ada kerajaan atau swasta selepas lebih tiga bulan tidak beroperasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berbeza pada kali ini, setiap prasekolah atau tadika perlu menyiapkan diri dengan berpandukan garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mematuhi prosedur pengendalian standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Tinjauan Utusan Borneo bersama beberapa pengendali tadika dan prasekolah di bandar raya ini, hari ini mendapati kebanyakan mereka telah mepersiapkan diri 100 peratus sebelum mula menerima kemasukan pelajar, mulai esok.

Hanna menunjukkan tempat mencuci tangan untuk kanak-kanak dalam kelas sebagai amalan kebersihan yang perlu dipratikkan.
Hanna menunjukkan tempat mencuci tangan untuk kanak-kanak dalam kelas sebagai amalan kebersihan yang perlu dipratikkan.

Malahan, ada di antara sekolah telahpun memulakan persiapan awal sejak dua minggu lepas seperti mensanitasi premis sekolah, membuat tanda-tanda kepada pelajar selain penjarakan sosial meja dalam kalangan kanak-kanak.

Guru Besar Tadika St Joseph di sini, Sister Rowena Patrick ketika ditemui berkata, beliau telah memberi taklimat serta melatih para guru di sekolah berkenaan cara mereka mengendalikan pelajar agar terus mengamalkan SOP semasa di sekolah nanti.

"Saya telah memberi taklimat kepada guru-guru dan saya merasakan mereka faham bagaimana dan apa yang perlu mereka lakukan esok (1 Julai).

"Malahan kami juga telah melatih guru semalam (Isnin) apa yang mereka perlu lakukan semasa pelajar masuk sekolah nanti..saya juga telah mengeluarkan memo kepada ibu bapa dan semuanya faham dengan SOP ditetapkan," katanya.

Rowena (dua kanan) bersama Hanna (kanan) turut memantau kakitangan sekolah yang mempersiapkan tanda laluan masuk dan keluar kepada kanak-kanak tadika yang memulakan sesi sekolah esok.
Rowena (dua kanan) bersama Hanna (kanan) turut memantau kakitangan sekolah yang mempersiapkan tanda laluan masuk dan keluar kepada kanak-kanak tadika yang memulakan sesi sekolah esok.

Menurut Rowena, bagi pihak sekolah, mereka telah bersiap sedia sepenuhnya menerima pelajar dalam norma baharu itu dan kini hanya menunggu pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengadakan pemeriksaan ke sekolah.

Katanya, sekolah akan menunggu maklum balas daripada PPD sekiranya masih ada garis panduan yang perlu ditingkatkan lagi.

Rowena berkata, sekolah berkenaan kini mempunyai 16 orang guru termasuk guru separuh masa.

Sementara itu, kakitangan pentadbiran sekolahnya, Hanna Alfred berkata, tadika St Joseph mempunyai tiga tahap umur iaitu bagi kelas umur empat tahun, lima tahun dan enam tahun.

Katanya sebelum ini, setiap kelas mempunyai pelajar dalam lingkungan 25 orang dan bermula esok setiap kelas hanya mempunyai 10 hingga 12 orang kanak-kanak sahaja.

"Dari segi pengajaran, pada kali ini pelajar tidak mempunyai pendidikan jasmani dan guru lebih menumpukan kepada amalan kebersihan kepada pelajar.

"Sebelum sekolah bermula, kami telah mengemukakan borang tinjauan kepada ibu bapa dan antara maklum balas mereka, ada yang masih belum bersedia menghantar anak ke sekolah.

"Kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak selepas dua minggu sekolah dibuka, ia bermaksud 14 Julai nanti, bagaimanapun esok masih ada juga segelintir ibu bapa menghantar anak ke sekolah," katanya sambil memberitahu pihak sekolah akan memeriksa suhu badan selain mengarahkan pelajar mencuci tangan sebelum masuk ke kelas sebagai SOP.

Penolong Pegawai Pendidikan Nor Faizul, Pengetua Smart Reader Kids Uni Garden, Evelyn Law dan Norma (kanan) selepas pemeriksaan dilakukan oleh PPD di premis Smart Reader Kids, hari ini.
Penolong Pegawai Pendidikan Nor Faizul, Pengarah Smart Reader Kids Uni Garden, Evelyn Law dan Pengurus Operasi dan Pembangunan Perniagaan Aim Smart Academics, Norma John

Pengurus Operasi dan Pembangunan Perniagaan Aim Smart Academics, Norma John berkata kesemua 19 tadika Smart Reader Kids di Sarawak sudah membuat persediaan rapi untuk menyambut kedatangan murid-murid yang berusia 4 hingga 6 tahun pada esok hari.

"Persediaan itu merangkumi usaha penyahkuman, pembersihan tadika luar dalam serta alat bantuan mengajar, penyusunan perabot bagi memastikan penjarakan sosial, taklimat bersama ibu bapa dan kakitangan tadika mengenai SOP Kementerian Pendidikan.

"Beberapa tadika Smart Reader Kids juga sudah disahkan memenuhi SOP dan bersedia untuk beroperasi esok," katanya.

Norma berkata, menurut penolong Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan (Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah), Nor Faizul Saat, tadika Smart Reader Kids Uni Garden, Kota Samarahan misalnya, memenuhi senarai SOP yang ditetapkan kerajaan.

Guru di tadika Smart Reader menyediakan pelindung muka yang akan diberikan kepada pelajar mereka, esok.
Guru di tadika Smart Reader Kids Jalan Rubber Barat menyediakan pelindung muka yang akan diberikan kepada pelajar mereka, esok.
  • oleh
  • Advertisement