Anda di sini

Penerbangan ke Limbang ditambah kepada 20 seminggu

Advertisement
 Lee (berdiri, empat kanan) dan Sebi (berdiri, tiga kanan) bergambar bersama pengusaha bot tambang di daerah Limbang semalam.
UTAMAKAN KESELAMATAN: Lee (berdiri, empat kanan) dan Sebi (berdiri, tiga kanan) bergambar bersama pengusaha bot tambang di daerah Limbang semalam.

LIMBANG: Kerajaan negeri akan membenarkan 20 penerbangan dalam seminggu ke Limbang bermula Julai ini berbanding hanya 11 penerbangan seminggu sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, jumlah penerbangan ke Limbang ditambah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membolehkan pelawat ke Limbang menggunakan pengangkutan udara sekali gus memenuhi keperluan penduduk di utara Sarawak.

“Jumlah penerbangan ke Limbang akan ditambah kepada 20 berbanding 11 pe-nerbangan seminggu sebelum ini bermula awal Julai ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Residen Limbang Sebi Abang dan kenamaan lain.

Sementara itu, Lee yang juga ADUN Senadin berkata lagi, perkhidmatan bas awam dari Sarawak hingga ke Sabah akan dibincang dengan Brunei.

Setakat ini jelasnya, belum ada pengusaha bas awam memohon kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak.

“Kita minta pengusaha bas memohon kepada kementerian untuk dike-tengahkan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak bagi membolehkan kerajaan berbincang dengan Brunei supaya mereka mendapat kebenaran laluan rentas sempadan,” ujarnya.

Lee berkata lagi, kementeriannya juga sudah memberi maklumat me-ngenai cara untuk memohon lesen dan permit bagi pengusaha bot tambang di bandar ini.

Jelaanya, satu ceramah kesedaran diadakan semalam kepada pengusaha bot tambang di bandar ini mengenai aspek keselamatan ketika mengendalikan bot masing-masing.

Beliau berkata lagi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengadakan kempen pendidikan dan kesedaran awam secara berterusan berkaitan kepentingan keselamatan pengangkutan sungai dan kebersihan sungai di seluruh negeri Sarawak sejak penubuhannya.

“Kesedaran terhadap ke-selamatan pengangkutan sungai penting kerana pengangkutan sungai masih merupakan mod pengangkutan yang penting di negeri ini memandangkan sistem jalan raya dan infrastruktur seperti jambatan yang menghubungkan kampung, penempatan di kawasan pedalaman mahupun pinggiran pantai belum lengkap sepenuhnya,” ujarnya lagi.

Selain itu katanya, untuk sesetengah kawasan, pergerakan menggunakan pengangkutan sungai lebih cepat berbanding jalan raya.

Jelasnya, jumlah pengguna ini akan bertambah pada musim perayaan dan dijangka berkekalan untuk beberapa tahun akan datang atas faktor keselesaan dan tempoh masa perjalanan yang singkat.

“Kesedaran awam kebersihan sungai di kalangan masyarakat umum amat mustahak kerana sungai antara aset yang paling penting kepada kita semua,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement