Anda di sini

LFS buka pawagam pada 2 Julai ini

Advertisement

LOTUS Five Stars Cinemas (LFS) akan memulakan operasi semula dengan membenarkan 30 peratus penonton daripada kapasiti penuh pawagam pada setiap tayangan mulai 2 Julai ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif LFS, Datuk R. Doraisingam Pillai.

Beliau menegaskan LFS akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelonggaran dalam memulakan operasi susulan pandemik COVID-19.

“Misalnya, dalam pawagam dengan kapasiti 200 orang, hanya 60 penonton sahaja dibenarkan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada 22 Jun lepas bahawa aktiviti pawagam, teater dan juga ‘live event’ akan dibenarkan dibuka semula bermula 1 Julai ini.

Mula ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, kesemua aktiviti itu dibenarkan beroperasi di dalam kawasan atau dewan tertutup tetapi dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan.

Doraisingam turut merayu agar kerajaan akan memberikan kelonggaran yang dikenakan terhadap pawagam dengan membenarkan sekurang-kurang 50 hingga 60 peratus jumlah penonton pada setiap tatyangan pada masa akan datang.

Menurutnya, penonton dapat menyaksikan filem Inggeris pada pertengahan bulan depan manakala peminat filem Tamil perlu menunggu sehingga Oktober ini berikutan sekatan COVID-19 di India. — Bernama

Advertisement