Anda di sini

Festival filem Toronto 2020 tayang filem dalam talian, pandu lalu

Advertisement
 Gambar fail ini menunjukkan pengarah Marielle Heller bergaya untuk jurugambar semasa tayangan perdana  ‘A Beautiful Day in the Neighbourhood’  di festival filem Toronto di Toronto, Ontario pada 7 September 2019.  Festival filem Toronto akan tetap diadakan seperti yang dirancang pada September walaupun terpaksa berhadapan dengan pandemik koronavirus. Namun begitu, acara permaidani merahnya akan diadakan secara maya dan hanya sedikit sahaja filem akan ditayangkan.  — Gambar AFP
TETAP DIADAKAN: Gambar fail ini menunjukkan pengarah Marielle Heller bergaya untuk jurugambar semasa tayangan perdana ‘A Beautiful Day in the Neighbourhood’ di festival filem Toronto di Toronto, Ontario pada 7 September 2019. Festival filem Toronto akan tetap diadakan seperti yang dirancang pada September walaupun terpaksa berhadapan dengan pandemik koronavirus. Namun begitu, acara permaidani merahnya akan diadakan secara maya dan hanya sedikit sahaja filem akan ditayangkan. — Gambar AFP

FESTIVAL filem Toronto akan tetap diadakan seperti yang dirancang pada September walaupun terpaksa berhadapan dengan pandemik koronavirus. Namun begitu, acara permaidani merahnya akan diadakan secara maya dan hanya sedikit sahaja filem akan ditayangkan.

Festival filem terbesar di Amerika Utara itu, yang sering dilihat sebagai antara petunjuk bagi pengedar dan studio yang mendambakan Oscar, biasanya menayangkan 300 hingga 400 filem cereka dan filem pendek dari beberapa negara setiap tahun.

Hanya 50 filem cereka baharu yang tersenarai untuk edisi ke-45 kali ini yang akan diadakan pada 10-19 September di mana filem-filem ini dipilih khas untuk krisis kesihatan global yang sedang berlaku pada hari ini.

Koronavirus baharu yang merebak dengan cepatnya di seluruh dunia telah memaksa syarikat-syarikat produksi menghentikan penggambaran filem, manakala festival-festival filem utama menangguh atau membatalkan acara mereka untuk tahun 2020 termasuk Cannes, yang biasanya diadakan pada bulan Mei.

Awal minggu lepas, festival filem Toronto telah memecat 31 kakitangan selepas ramalan perolehannya merudum.

Untuk lima hari pertama, jadual penuh festival akan ditayangkan dengan penjarakan sosial di pawagam filem tempatan dan pandu lalu.

Antara filem yang didedahkan baru-baru ini termasuk ‘Bruised’, filem sulung oleh pengarah Halle Berry, ‘Another Round’ oleh Thomas Vinterberg, dan filem oleh Naomi Kawase berjudul ‘True Mothers’.

Barisan tetamu seperti Ava DuVernay, Nicole Kidman, Martin Scorsese, Alfonso Cuaron, Claire Denis, Viggo Mortensen, Zhang Ziyi dan Denis Villeneuve antara mereka yang dijangka akan memeriahkan acara permaidani merah maya dan mengambil bahagian dalam rancangan bual dalam talian.

Buat pertama kali dalam sejarahnya, festival itu juga akan melancarkan platform digital untuk menayangkan filem-filem.

Sepanjang 10 hari ia akan menganjurkan tayangan filem-filem selain juga turut mengadakan pembincangan dan juga acara khas secara ‘online’.

Beribu-ribu profesional dalam industri yang berusaha untuk merebut hak pengedaran filem dan berjumpa dengan pengarah dan pelakon terkemuka atau yang baru meningkat naik mengatur pertemuan secara dalam talian juga.

Tayangan media juga turut diadakan secara digital. — AFP

Advertisement