Anda di sini

Atlet renang OKU Sarawak bersedia menghadapi Para SUKMA

Advertisement
JULIUS JARANDING
JULIUS JARANDING

SIBU: Atlet renang orang kurang upaya (OKU) Sarawak di bawah bimbingan Julius Jaranding kini bersedia menghadapi Para Sukan Malaysia (SUKMA) walaupun persiapannya, sedikit terjejas berikutan COVID-19.

Bekas atlet kebangsaan yang dibantu oleh Jiro Lihap kini sedang membimbing 11  atlet yang terdiri daripada Rapelson Richard (Kategori S6), Salehin Pandeta (Kategori S6), Dominique@ Mohd Fattah Abdullah (Kategori S7), Mohd Zamry (Kategori S7), Galang Jambai (Kategori S7), Donny Sa (Kategori S8), Jeffrey Nowel Dana (Kategori S8), Emban Utik (Kategori S9), Safaruddin (Kategori S9), Stanley Jaranding (Kategori S12) dan seorang atlet baharu (Kategori S10).

“Sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) para atlet menjalani latihan di rumah.

“Laporan bulanan latihan mereka dihantar kepada Presiden Persatuan Sukan dan Reskreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Mathew Chin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Julius, pihaknya masih menunggu arahan daripada pihak berkuasa mengenai bentuk SOP yang perlu dipatuhi ketika mengadakan latihan kelak.

Katanya, beliau merancang untuk membawa atletnya berlatih di kolam renang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sarawak berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara sebanyak 13 kali untuk tempoh 26 tahun penganjuran Para SUKMA bermula 1994, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, dan 2018.

Advertisement