Anda di sini

Mahkamah tolak permohonan Chong Chieng Jen untuk meminda pernyataan pembelaan

Advertisement
Kong dan Siew Chiang ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuching hari ini.
Kong dan Siew Chiang ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuching hari ini.

KUCHING: Permohonan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen ke Mahkamah Tinggi untuk meminda pernyataan pembelaan berhubung kes saman sivilnya dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. 

Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin bagaimanapun tidak memberikan sebarang sebab ketika memberikan keputusan tersebut.

Sehubungan itu, Chin menetapkan kes itu disebut semula untuk pengurusan kes pada 11 September depan manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 12 hingga 16 Oktober depan. 

Chong diwakili peguam, Chong Siew Chiang dan Pembantu Khas beliau, Micheal Kong.

Sementara itu, Pegawai undang-undang negeri Mohamad Adzrul Adzlan dan Voon Yan Sin hadir mewakili pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak hari ini. 

Pada 2013, mantan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tersebut menggunakan istilah 'black hole' untuk menyatakan sejumlah RM11 bilion hilang dari tabung negeri.

Beliau juga menerbitkan tuduhan itu dalam akhbar nasional dan portal berita nasional seperti Rocket, Malaysiakini dan Sin Chew Jit Poh pada 3 Januari 2013.

Kerajaan negeri menanggap kenyataan Ahli Parlimen Stampin tersebut seolah-olah memberi makna yang pihaknya dan Lembaga Kewangannya menyalurkan berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli Kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Akibatnya, kerajaan Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak memfailkan saman fitnah terhadapnya pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching. 

  • oleh
  • Advertisement