Anda di sini

Kes COVID-19 di AS mencecah 2.5 juta

Advertisement
 Gambar fail 16 Jun lalu menunjukkan orang ramai membanjiri pantai di Miami dan seminggu kemudian setakat kelmarin, negeri itu melaporkan hampir 10,000 kes jangkitan COVID-19 dalam masa 24 jam. — Gambar AFP
REKOD BAHARU: Gambar fail 16 Jun lalu menunjukkan orang ramai membanjiri pantai di Miami dan seminggu kemudian setakat kelmarin, negeri itu melaporkan hampir 10,000 kes jangkitan COVID-19 dalam masa 24 jam. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin melepasi angka 2.5 juta kes koronavirus, menurut Universiti Johns Hopkins ketika negara yang paling teruk terjejas itu dibelenggu peningkatan jangkitan di beberapa negeri.

Terdapat 2,500,419 kes yang disahkan di AS, menurut kepada universiti yang berpusat di Baltimore itu setakat jam 5.30 petang waktu tempatan.

Kematian sekarang melebihi 125,000, kira-kira satu perempat daripada jumlah dunia sebanyak lebih 495,000.

Kelmarin Florida melaporkan satu rekod sebanyak 9,585 kes dalam masa 24 jam ketika jangkitan di sana meningkat.

Pembukaan semula yang cepat di negara melihat golongan muda-mudi berkumpul di pantai dan bar.

Ia adalah antara lebih separuh daripada negeri AS, terutama di Selatan dan Barat, melihat peningkatan dalam kes COVID-19, kesan dramatik terhadap usaha untuk membuka semula dan memulihkan ekonomi yang terjejas teruk.

Texas dan Florida, yang mana kedua-duanya mempunyai gabenor daripada Republikan yang membantah perintah kawalan pergerakan yang berterusan, telah mengumumkan sekatan baharu ke atas bar-bar. — AFP

Advertisement