Anda di sini

Dua maut dalam kes tembakan di Walmart

Advertisement
 Gambar fail 23 Mei, 2019 menunjukkan logo kedai Walmart pada dinding Walmart Supercenter di Rosemead, California.  — Gambar AFP
KES MAUT: Gambar fail 23 Mei, 2019 menunjukkan logo kedai Walmart pada dinding Walmart Supercenter di Rosemead, California. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya dua maut dan empat cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pengagihan Walmart di  California, lapor media Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Akhbar tempatan, Record Searchlight, memetik seorang saksi yang menyatakan beliau telah mendengar apa yang kedengaran seperti satu bunyi tembakan senjata separa automatik di fasiliti tersebut di bandar Red Bluff.

Searchlight dan media lain termasuk CNN memetik kepada pihak berkuasa hospital bagi jumlah tersebut.

Pengurus bandar Red Bluff Rick Crabtree memberitahu CNN bahawa sebuah kereta telah merempuh bangunan tersebut kira-kira jam 3 petang waktu tempatan, sekali gus mencetuskan kebakaran.

“Terdapat seorang penembak aktif, dia telah ditembak, kali terakhir yang saya dengar dia dalam perjalanan ke hospital,” Crabtree dipetik sebagai berkata.

Jurucakap Walmart memberitahu CNN mereka menyedari tentang situasi tersebut dan bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dalam siasatan mereka, namun tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut. — AFP

Advertisement