Anda di sini

Drama terhebat dan siri idola terhangat Julai ini di Astro

Advertisement
__alt__

SEPANJANG bulan Julai ini, para pelanggan Astro boleh menikmati program-program Korea terbaik termasuk K-drama hebat, 100 episod siri Running Man sempena ulang tahun ke-10 dan juga program-program yang menampilkan bintang-bintang K-pop terbesar menerusi TV, Astro GO dan di on demand.  

Peminat boleh menikmati K-drama terhebat seperti siri terbaharu yang dibintangi oleh Ji Chang Wook dan Kim Yoo-jung iaitu ‘Backstreet Rookie’. Episod-episod siri ini boleh dinikmati pada minggu yang sama dengan Korea melalui saluran ONE (393).

Pelanggan juga boleh strim episod-episod ‘Backstreet Rookie’ menerusi on demand serta melalui aplikasi iQIYI untuk menonton pada waktu yang sama dengan Korea.

Selain itu, peminat Ji Chang Wook juga boleh strim kesemua episod siri seni mempertahankan diri, ‘Warrior Baek Dong-Soo’ dan drama perundangan, ‘Suspicious Partner’, menerusi on demand dan di Astro GO.

Semua pelanggan Astro yang menggunakan ID Astro mereka untuk log masuk ke aplikasi iQIYI buat pertama kali, boleh menikmati keahlian VIP percuma dua bulan.

Tonton juga drama tular dan paling menjadi sebutan, ‘The World of the Married’ yang dibintangi oleh Kim Hee-ae, pemenang ‘Pelakon Utama di TV’ di Anugerah Seni Baeksang ke-56 baru-baru ini bagi lakonannya sebagai Ji Sun-Woo untuk siri ini.

Drama menarik ini pasti membuatkan peminat terpikat dengan jalan ceritanya yang menarik, adegan balas dendam dan penceritaan yang penuh dengan liku.

Juga jangan lupa tayangan perdana yang disediakan pada hari yang sama seperti di Korea iaitu siri ‘Flower of Evil’, yang dibintangi oleh Lee Joon Gi dan Moon Chae Won, serta ‘Memorials’, sebuah komedi drama yang dibintangi oleh Nana, dahulunya bintang dari Orange Caramel.

Pelanggan yang meminati program popular, Running Man, dapat menikmati ‘10-years of Running Man’, dengan 100 episod yang boleh distrim pada bila-bila masa menerusi on demand dan di Astro GO sebagai sambutan ulang tahun ke-10 program ini. Peminat juga dapat menikmati episod terbaharu Running Man setiap Jumaat melalui saluran ONE (393).

Peminat K-pop juga boleh strim pelbagai program muzik, program realiti dan drama yang menampilkan K-Idol terhebat melalui on demand termasuklah tayangan perdana program realiti yang dinanti-nantikan iaitu I-LAND, pada 2 Julai.

I-LAND dihasilkan oleh Big Hit Entertainment dan CJ E&M Entertainment yang merupakan program pencarian artis K-pop untuk generasi baharu di Korea dengan konsep yang menarik.

Turut tersedia siri lengkap ‘Road to Kingdom’ yang menam-pilkan Pentagon, ONF, Golden Child, The Boyz, Verivery, Oneus dan TOO; ‘Super M: The Beginning’; ‘2019 KCON New York’; ‘Real Men 300’; ‘Monchouchou Global House’ serta ‘Farming Academy’ musim 1 dan 2.

Kemunculan semula yang paling dinanti-nantikan untuk Blackpink dan Seventeen dalam ‘K-pop Countdown (Inkigayo)’ pada 4 Julai pada jam 11.50 pagi di ONE HD (saluran 393).

Strim program-program ini yang menampilkan I-Idols terhebat pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO.

Advertisement