Anda di sini

COVID-19: Tiada kes positif baharu di Sarawak hari ini 

Advertisement
Infografik JPBNS

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 571 kes. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan turut memaklumkan tiada kes baru yang sembuh dan discaj dari hospital hari ini. 

Ini menjadikan jumlah kes sembuh dan discaj setakat ini kekal sebanyak 537 orang atau 94.05 peratus. 

"Seramai 17 orang pesakit masih lagi menerima rawatan di wad isolasi, tujuh di Hospital Umum Sarawak, seorang di Hospital Sibu dan sembilan di Hospital Bintulu. 

"Bagi kes orang disyaki (PUI) pula, seramai 20 PUI baharu dilaporkan dengan satu kes masih menunggu ujian makmal," katanya. 

JPBNS turut memaklumkan seramai 60 orang di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel hari ini bagi menjalani kuarantin. 

Ini menjadikan jumlah PUS di 13 buah hotel adalah seramai 928 orang dengan 16,901 PUS telah tamat menjalani kuarantin. 

Tiga daerah iaitu Bintulu, Kuching dan Sibu masih berstatus kuning manakala lain-lain daerah berstatus hijau. 
 

  • oleh
  • Advertisement