Anda di sini

COVID-19: Indonesia catat kes positif 55,092, kematian 2,805

Advertisement
Gambar hiasan

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan mencatatkan peningkatan kepada 55,092 kes, dengan 51 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,082 kes positif baharu dicatatkan manakala jumlah keseluruhan kematian kini 2,805 orang.

"Sebanyak 13,335 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 863 kes, diikuti provinsi Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (186), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. - Bernama 

Advertisement