Anda di sini

Satu kes baru COVID-19, Sibu kini zon kuning

Advertisement
Infografik JPBNS
Infografik JPBNS

KUCHING: Sarawak merekodkan satu kes positif baharu COVID-19 iaitu di Sibu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 571.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata kes ke- 571 itu merupakan lelaki tempatan berumur 32 tahun yang baru balik dari United Kingdom pada 17 Jun lalu.

Katanya, lelaki berkenaan telah masuk ke negara ini melalui penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Sibu pada 18 Jun 2020.

Beliau telah menjalani kuarantin di Sibu, tambah JPBNS.

"Dengan kes positif baharu dilaporkan di Sibu, daerah berkenaan kini bertukar status daripada zon hijau kepada Kuning.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning setakat hari ini sebanyak tiga dan berstatus hijau 37," katanya JPBNS. 

JPBNS juga memaklumkan tiada kes baru yang sembuh dan discaj dari hospital hari ini. 

"Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital setakat ini kekal 537 orang atau 94.05 peratus," jelas JPBNS.

Sementara itu, 17 orang masih menerima rawatan di wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 17 setakat ini.

JPBNS berkata 19 orang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan empat masih menunggu ujian makmal.

  • oleh
  • Advertisement