Anda di sini

COVID-19: Kes positif di Indonesia 54,010, kematian 2,754

Advertisement
 
 

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 54,010 kes, dengan 34 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,198 kes positif baharu dilaporkan, manakala jumlah keseluruhan kematian kini adalah 2,754 orang.

"Sebanyak 14,712 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 831 kes, diikuti provinsi Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (182), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama 

Advertisement