Anda di sini

Lelaki direman empat hari kerana khianat, ugut bapa

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan khianat dan ugutan jenayah terhadap bapanya diperintahkan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarkan Majitret Leona Dominic Mojiliu setelah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan pegawai penyiasat Inspektor Mohammed Nashriq Noring.

Dalam permohonannya, Nashriq memberitahu bahawa suspek, 29, telah ditangkap sekitar jam 2.45 pagi, 25 Jun lalu di rumah keluarganya di Jalan Maigold, Desa Senadin di sini

Tangkapan ke atas suspek dilakukan berikutan satu panggilan yang diterima polis daripada bapanya (pengadu).

Menerusi panggilan itu, pengadu, 56, mendakwa anak lelakinya dan teman wanita telah bergaduh di dalam bilik dan kejadian itu telah menyebabkan kerosakan ke atas rumahnya.

Menurut pengadu, suspek sering bertindak agresif terhadap beliau dan isteri.

Polis yang tiba kemudian telah menangkap suspek dan membawanya ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan.

Dalam permohonan lanjutnya, Nashriq berkata reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek amat diperlukan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut dan membebaskan suspek lebih awal dikhuatiri akan mengganggu siasatan kerana suspek tinggal serumah dengan pengadu.

Mahkamah membenarkan reman empat hari ke atas suspek sehingga 29 Jun ini.

Advertisement