Anda di sini

Buruh mengaku tidak bersalah lakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak

Advertisement
 Baring  dibawa keluar dari mahkamah setelah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual.
DIDAKWA: Baring dibawa keluar dari mahkamah setelah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual.

SIBU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun.

Baring Jundan, 31, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dihukum mengikut Seksyen 14, akta yang sama.

Seksyen 14 ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Baring didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun pada 15 Jun 2020, kira-kira jam 11.30 pagi di rumah pekerja di Jalan Wong Ting Hock.

Dia yang pada mulanya hendak mengaku bersalah, namun menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom memohon agar tertuduh tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin kerana dia tinggal di kawasan sama dengan mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam diperintah dihadapkan semula di mahkamah pada 2 Julai ini di hadapan Hakim Jason Juga.

Advertisement