Anda di sini

Anak melihat ibu disambar buaya

Advertisement
 Pasukan penyelamat mengadakan operasi mencari dan menyelamat mangsa disambar buaya di Kampung Banang.
OPERASI: Pasukan penyelamat mengadakan operasi mencari dan menyelamat mangsa disambar buaya di Kampung Banang.

BELURAN: Kejadian wanita yang dilaporkan hilang dibaham buaya dari Kampung Banang Sugut telah disaksikan oleh anak mangsa.

Anak mangsa telah melihat ibunya disambar oleh seekor buaya yang datang dari arah Ulu Sungai Sugut ketika mereka sedang mandi di sungai berkenaan pada petang Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata anak mangsa cuba untuk menyelamatkan ibunya itu tetapi gagal sebelum balik bagi memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

“Berdasarkan laporan yang dibuat saksi (anaknya), mangsa bersama saksi pergi ke sungai tersebut untuk mandi sebelum kejadian. Kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut lebih kurang jam 9.36 malam pada Rabu.

 Kelihatan anggota keluarga mangsa sedang menanti perkembangan operasi mencari dan menyelamat.
SEDIH: Kelihatan anggota keluarga mangsa sedang menanti perkembangan operasi mencari dan menyelamat.

“Sebaik menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Terusan Sugut telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bersama Pasukan Bomba Beluran dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kasim berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa, Peredot Kanon, 62, di sekitar kawasan kejadian masih gagal ditemui oleh pasukan penyelamat sehingga jam 5.30 petang (Khamis).

“Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula jam 7 pagi ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement