Anda di sini

Polis Marin rampas 13,500 diesel di Bintulu

Advertisement
Pasukan operasi menahan pemandu lori tangki muatan diesel sekitar 11 pagi pada Rabu. 

BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu merampas 13,500 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM23,895 dan sebuah lori tangki dalam Op Landai di Batu 60 Jalan Bintulu-Miri lama di sini pada Rabu. 

Dalam operasi sekitar 11 pagi yang melibatkan seorang pegawai dan tiga anggota Unit Risikan Marin itu, pemandu lori tangki muatan minyak diesel berusia 50an turut ditahan selepas pemeriksaan dijalankan bagi membantu siasatan.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata, rampasan itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan tanpa permit atau tanpa lesen atau tanpa kebenaran khas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 

"Pemeriksaan mendapati pemilik atau penjaga gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran dari pihak KPDNHEP," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, kes itu dirujuk serta diserahkan kepada KPDNHEP Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.

Barang kes diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut. 
  • oleh
  • Advertisement