Anda di sini

‘Akulah Cinderella’ lakonan Oktovia Manrose dan Nafiez Zaidi di TV Okey

Advertisement
 

TERUS memberikan kepada anda drama-drama adaptasi novel yang menarik untuk tontonan seisi keluarga, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberikan khabar gembira kepada yang pernah membaca novel karya Nozi Danisya bertajuk ‘Akulah Cinderella’ kerana ianya diadaptasi dalam drama bersiri menggunakan tajuk sama.

Menemui penonton mulai 19 Jun lepas, setiap hari jam 7 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 146), ia menampilkan gandingan pelakon utama utama Oktovia Manrose Syah (Nur Aisyah), Nafiez Zaidi sebagai Shafiq dan Kay Maria watak Datin Zulaikha selain turut dibintangi oleh Wanns Ahmad, Umie Danish, Xid Haixal, Jack Hadzriel, dan YY Aleyqa.

Drama adaptasi arahan Dato T.S, Jeffry ini membawakan plot cerita watak penting bernama Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung.

Namun hakikatnya dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya.

Satu hari pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq.

Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu.

Datin Zulaikha telah mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan Syafiq. Bagaimanakah reaksi dan penerimaan Shafiq? Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement