Anda di sini

Tip rumah tangga bahagia selebriti terkenal dalam ‘Semanis Cuka’

Advertisement
Hos bersama Faizal Hussein.
Hos bersama Faizal Hussein.

INGIN mengetahui rahsia kerukunan rumah tangga selebriti terkenal dengan pasangan masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan?

Pasangan selebriti manakah yang menjadi pilihan dalam program diberi tajuk ‘Semanis Cuka’ ini? Teka-teki anda bakal terjawab mulai 15 Jun, setiap Isnin dan Selasa, jam 12.05 tengah hari menerusi TV1.

Dalam 13 episod program santai kekeluargaan ini, hos Nazeera Sardi akan menemu bual tiga orang tetamu undangan dalam tiga segmen masing-masing. Perkongsian segmen ‘Memujuk Hati’ mengupas isu dan permasalahan mengetengahkan seorang penceramah bebas atau pakar motivasi.

Diikuti segmen ‘Dari Fail’ mengundang peguam syarie berkaitan perundangan syariah dan juga jalan penyelesaian dalam kehidupan berumah tangga. Kemunculan pasangan selebriti berkongsi pengalaman dan rahsia dalam memupuk kebahagiaan rumah tangga pula pada segmen akhir, ‘Harmoni’.

Dalam episod pengenalannya, hos menemu bual Ustaz Mohamad Abdullah AlAmin, penceramah bebas membincangkan punca tidak persefahaman antara suami isteri yang menjadi punca keretakan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Disusuli dengan segmen kedua ‘Dari Fail’ bersama Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian yang boleh dituntut pada pihak isteri.

Episod ini diakhiri dengan segmen ‘Harmoni’ menampilkan selebriti terkenal Faizal Hussien berkongsi pengalaman dan rahsia dalam memupuk kebahagiaan rumah tangga.

EPISOD DUA

Topik pasangan suami atau isteri yang menggunakan laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan sehingga menjejaskan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Segmen ‘Dari Fail’ Temu bual bersama Mohd Faiz Adnan, seorang peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian fasakh. Segmen ‘Harmoni’ temu bual bersama Azza Elite.

EPISOD TIGA

Topik suami atau isteri yang kerap mengungkit kesilapan silam sehingga menjejaskan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut bersama-sama pakar motivasi Dr. obiah K.Hamzah.

Diikuti temu bual bersama Mohamad Isa Abd Ralip, seorang peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian fasakh taklik. Segmen ‘Harmoni’ bersama-sama pelakon Qazem Nor.

EPISOD EMPAT

Topik suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab sehingga menjadi bebanan untuk pasangan masing-masing dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Segmen ‘Dari Fail’ Ahmad Nazib Johari, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian nusyuz. Segmen ‘Harmoni’ mengundang Yatt Hamzah.

EPISOD LIMA

Topik membincangkan campur tangan pihak ketiga dalam sesebuah rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perkahwinan berwalikan hakim di mahkamah. Segmen ‘Harmoni’ menemu bual bersama Zila Bakarin.

EPISOD ENAM

Topik kekangan sumber pendapatan yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Mohamad Isa Abd Ralip, peguam syarie berkongsi pengalaman, pengetahuan dan nasihat dalam perceraian talak. Segmen ‘Harmoni’ hos menemu bual pelakon Haeriyanto Hassan.

EPISOD TUJUH

Topik suami atau isteri yang tidak menjadi pendengar yang baik bagi pasangan masing-masing dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual Mohd Faiz Adnan, peguam syarie berkongsi tentang hak mendapat penjagaan anak setelah bercerai. Segmen ‘Harmoni’ bersama-sama Watie Sadali.

EPISOD LAPAN

Topik kepentingan berkomunikasi baik antara suami isteri dan jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Segmen ‘Dari Fail’ menemu bual bersama Puan Azlina Che Hassan, peguam syarie tentang pendaftaran perkahwinan yang telah berlangsung di luar negara.

Segmen ‘Harmoni’ mengundang penyanyi dan pelakon Safura Yaacob.

Ikuti banyak lagi episod menarik bersama selebriti terkenal lain antaranya penyanyi Bienda, pelakon Azhar Sulaiman, pelakon Nina Fazurina, Azrul Raja Lawak dan juga pelakon Shahrolnizam.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

Advertisement