Anda di sini

Pelajar lebih suka belajar di sekolah berbanding di rumah

Advertisement
 Kedudukan meja pelajar dijarakkan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.
NORMA BAHARU: Kedudukan meja pelajar dijarakkan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

KOTA KINABALU: Pembukaan semula sesi persekolahan membawa sedikit perubahan dalam rutin pelajar dan guru terutama penerapan norma baharu di sekolah.

Selepas lebih tiga bulan bercuti panjang berikutan penularan wabak COVID-19, kini pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 mula kembali meneruskan jadual persekolahan seperti biasa.

Bagi Yovela Tati Gregory Mojuntin, 17, pembukaan semula sesi persekolahan membuatnya begitu teruja kerana dapat berjumpa rakan sekolah.

Katanya, tempoh tiga bulan belajar dari rumah sememangnya memberi sedikit cabaran dalam mengulang kaji pembelajaran.

Sehubungan itu, beliau menganggap belajar di sekolah lebih baik berbanding di rumah walaupun keadaan belajar di rumah lebih santai.

YOVELA
YOVELA

"Antara yang paling mencabar apabila ada soalan yang saya tidak faham tetapi saya segan untuk menghubungi cikgu kerana risau masa cikgu akan terganggu.

"Tetapi kalau di sekolah, perasaan segan itu tiada kerana boleh terus berdepan dengan cikgu jika ada soalan yang tidak difahami," katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Pelajar kelas sains Sekolah Tinggi Kota Kinabalu ini turut berpendapat penangguhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi lebih banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Seorang lagi pelajar kelas sains sekolah berkenaan Muhd Syazwan Aiman Yusuf, 17, turut sama gembira selepas dapat berjumpa semula rakan-rakan sekelas yang lain.

SYAZWAN
SYAZWAN

Menurutnya, belajar di rumah banyak gangguan berbanding di sekolah termasuklah dari segi fokus dalam pelajaran.

"Saya ada ramai adik-beradik dan ia agak mencabar semasa belajar di rumah selain kurang fokus kerana terabai masa apabila bermain permainan video di komputer.

"Saya juga setuju peperiksaan SPM ditangguhkan ke tahun hadapan memandangkan selepas lama tidak sekolah, pembelajaran kami agak terlambat.

"Justeru, penangguhan itu memberi lebih banyak masa untuk kami membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM," jelasnya.

Terdahulu Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr. Mistirine Radin berkesempatan meninjau suasana pembukaan semula persekolahan di sekolah berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement