Anda di sini

Strim ‘That 20’s Show with Keanu Azman’ di SYOK untuk inspirasi kehidupan sebenar personaliti popular tempatan

Advertisement
 

RAKYAT Malaysia kini boleh strim ‘That 20’s Show with Keanu Azman’, sebuah SYOKcast (podcast) tempatan untuk perbualan dan perspektif kehidupan dalam menghadapi cabaran yang mungkin dilalui oleh seseorang pada usia 20-an, bersama personaliti tempatan yang popular termasuk Bil Musa, Dina Nadzir, Mark O’dea, Razif Hashim, Nadia Nash, Adam C dan ramai lagi.

Dihoskan oleh Keanu Azman, personaliti HITZ, Keanu menghiburkan para peminat menerusi perbincangan mendalam tentang pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para tetamu ketika mereka berusia 20-an termasuklah topik kerjaya, pendidikan, media sosial, perhubungan, keluarga, kejayaan, pengajaran hidup dan banyak lagi dengan tujuan memberi inspirasi kepada para peminat untuk menangani situasi yang mungkin dihadapi dalam kehidupan mereka sendiri.

Episod baharu disediakan setiap Selasa menerusi aplikasi SYOK dan di laman rasmi.

Strim di laman rasmi atau muat turun aplikasi SYOK secara percuma melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menikmati 25 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi.

Advertisement