Anda di sini

Polis cari dua warga Indonesia positif COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Polis sedang mencari dua warga Indonesia yang positif COVID-19 apabila tiada di rumah kongsi di Petra Jaya mereka sejak petang Rabu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar).

Menurutnya, laporan kehilangan telah dibuat pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar pagi tadi.
 
"Difahamkan kedua-dua warga Indonesia ini membuat saringan dengan KKM pada 16 Jun untuk syarat bekerja di tapak pembinaan, di mana mereka disahkan positif selepas itu.

"Bagaimanapun, kedua-dua warga Indonesia ini didapati tiada lagi di rumah kongsi mereka semasa dikesan oleh KKM pada petang semalam (Rabu)," katanya.

Aidi turut memberitahu operasi mencari pasangan terbabit telah dimulakan sejak malam tadi.

"Tindakan mengesan mereka bermula sejak malam tadi di beberapa tempat, tetapi masih gagal mengesan mereka.

"Kini anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang mengesan mereka dengan dibantu oleh anggota dari daerah-daerah bersempadanan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Darussalam dan Nurul Hasanah boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

  • oleh
  • Advertisement