Anda di sini

OURFARM, platform e-dagang B2B baharu AirAsia

Advertisement
 Dr Ronald (tengah) dan Kamarudin melancarkan OURFARM sambil disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MOA Dr Anis Mahmud, Tony, Ketua Pegawai Eksekutif OURFARM Lalitha Sivanaser dan Presiden RedBeat Ventures, AirAsia Group Aireen Omar.
RASMI: Dr Ronald (tengah) dan Kamarudin melancarkan OURFARM sambil disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MOA Dr Anis Mahmud, Tony, Ketua Pegawai Eksekutif OURFARM Lalitha Sivanaser dan Presiden RedBeat Ventures, AirAsia Group Aireen Omar.

KUCHING: AirAsia telah melancarkan platform e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) baharu, OURFARM dalam usaha merevolusikan rantaian per-niagaan berasaskan pertanian, dengan menghubungkan para petani terus kepada perniagaan berkaitan.

 Usaha itu kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, dijangka dapat meningkatkan pendapatan serta menghapuskan kos orang tengah dan menyediakan sokongan logistik untuk memenuhi pesanan mereka secara langsung kepada perniagaan.

“OURFARM memanfaatkan ekosistem AirAsia yang merangkumi kemampuan kargo, logistik dan pembayaran dengan pangkalan data perniagaan dan penggunanya,” kata beliau menerusi kenyataannya semalam.

Platform itu juga tidak mengenakan sebarang kos untuk mendaftar dan menawarkan peluang kepada para petani untuk menerima latihan dalam mendigitalkan perniagaan mereka dengan kursus e-dagang daripada RedBeat Academy.

Ia selari dengan agenda Hala Tuju e-Dagang Kebangsaan kerajaan untuk memacu industri perniagaan pada masa depan dan mengembangkan akses pasaran tempatan.

Platform berkenaan telah dilancarkan semalam oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MOA) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Kamarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

OURFARM tegasnya, ditubuhkan dengan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan akan menyokong lebih daripada 1,000 petani kontrak kerajaan serta pemilik ladang swasta.

Tambah beliau, inovasi digital adalah salah satu tonggak utama AirAsia dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kerana menyedari nilai OURFARM.

Platform baharu itu akan membantu banyak perniagaan kecil dengan mengurangkan kos perolehan hasil segar hingga 25 peratus kerana mereka boleh berhubung terus dengan pengeluar pertanian.

“Kami telah belajar daripada pengalaman menjalankan perniagaan katering dalam penerbangan dan Kafe Santan yang baharu dilancarkan di mana kami juga menghadapi cabaran harga tinggi untuk bahan-bahan segar.

“Lebih penting lagi, OURFARM akan memban-tu meningkatkan margin ke-untungan pengeluar perta-nian dengan menghapuskan kos orang tengah.

“Platform ini menyediakan sistem pengurusan rantaian bekalan yang lebih cekap yang menyokong agenda ke-selamatan makanan negara,” tambahnya kemudian.

ASEAN ujarnya, dikenali dengan sektor pertanian paling produktif di dunia dan selaras dengan itu pihaknya telah membuat perancangan untuk mengembangkan platform berkenaan bagi menyokong sektor pertanian di rantau ini bagi tempoh jangka panjang.

Sementara itu, Dr Ronald dalam ucapannya berkata kementeriannya secara proaktif berhubung dengan pemain industri, terutama dalam membantu memadankan perniagaan dengan platform e-dagang sama ada perniagaan-ke-pengguna (B2C) atau perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Kerjasama strategik antara MOA dan OURFARM itu katanya, akan mewujudkan ekosistem baharu yang dapat membantu perniagaan berasaskan pertanian berkembang dengan lebih luas, sambil memberi pengguna nilai yang lebih baik untuk mereka.

“Kami memuji Kumpulan AirAsia kerana memperkenalkan jenama dan platform baharu seperti OURFARM dan berharap ia dapat menyumbang ke arah ketersediaan, keboleh-capaian, kemampuan dan kestabilan sektor berasaskan pertanian di Malaysia,” jelasnya.

Selain itu, penyelesaian jarak jauh OURFARM akan dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik Kumpulan AirAsia dan TheLorry.com.

Pengasas Bersama OURFARM Radzi Tajuddin dan Nadhir Ashafiq pula berkata model baharu sedemikian amat diperlukan mengambil kira selepas 60 tahun petani, penternak, peladang dan nelayan secara amnya mendapat bahagian yang sedikit daripada keseluruhan rantaian pengeluaran makanan.

“Mengikut kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Anti Persaingan (MyCC), golongan ini hanya mendapat sekitar RM1.50 sehingga RM2 bagi setiap RM10 harga produk.

“Komponen terpenting bagi kejayaan platform sebegini terletak pada teknologi, data dan logistik. OURFARM mempunyai ketiga-tiganya,” ujarnya.

Untuk mendaftar, perniagaan yang berminat boleh melayari laman web OURFARM di www.ourfarm.asia.

Advertisement