Anda di sini

KFC perkenal Zinger Chop khas buat peminat Zinger dengan rasa berbeza

 

KUALA LUMPUR: KFC Malaysia telah memperke-nalkan Zinger Chop yang diinspirasikan daripada chicken chop, salah satu makanan ala Barat kegemaran rakyat Malaysia.

Berslogankan ‘Zinger Like Never Before’,  Zinger kali ini tampil berbeza kerana ia disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, lalu digoreng sempurna sehingga keemasan.

Zinger panas yang baharu dimasak ini digandingkan dengan Colonel Gravy mewah dengan rasanya yang asli, di mana gabungan ini menghasilkan letusan rasa yang memuaskan.

Zinger Chop ini turut dihidangkan dengan KFC Coleslaw masam manis yang sejuk dan segar menambahkan rasa keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy ini bersama pilihan Crispier Fries atau Colonel Rice.

KFC Zinger Chop boleh didapati dengan harga RM16.30 untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada.

Ia boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan-di-restoran, bawa pulang, self-collect, penghantaran dan pandu-lalu.

Pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan ‘Contactless Delivery’ untuk pesanan dihantar terus ke rumah anda dan khidmat ‘Contactless Self Collect’ untuk terus mengambil pesanan anda di restoran.

Muat turun aplikasi KFC Malaysia atau layari www.kfc.com.my.

Advertisement