Anda di sini

RedBeat Academy seru PKS pacu perniagaan dengan program Google

Advertisement

KUCHING: RedBeat Aca-demy baru-baru ini melancarkan program pembangunan khusus bagi sektor per-usahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, dengan kerjasama Google.

Dikenali BINA Digital, program ini menawarkan kursus dalam talian bagi PKS memula, membina dan mengembangkan perniagaan mereka dalam tali-an, serta meningkatkan keupayaan mereka untuk terus mengekalkan perkembangan dan pertumbuhan perniagaan.

Menurut kenyataan media daripada AirAsia semalam, PKS tempatan boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai program ini melalui laman web Akademi RedBeat di redbeatacademy.com.

RedBeat Academy adalah kerjasama antara Cabang Per-usahaan Korporat Kumpulan AirAsia, RedBeat Ventures dan Google.

Program ini terdiri daripada tiga kategori iaitu kursus permulaan webinar percuma, Program Asas BINA de-ngan  caj dikecualikan bagi 240 peserta pertama bagi PKS dan Program Lanjutan BINA, kursus lima minggu untuk dua jam setiap minggu dengan bayaran minimum RM100 setiap peserta.

Kesemua peserta bagi program-program ini akan diajar oleh tenaga pengajar dari RedBeat Academy, Google dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Presiden (RedBeat Ventures) Kumpulan AirAsia Aireen Omar berkata, wabak COVID-19 telah mengubah landskap urusan perniagaan dan bagaimana ia dijalankan terutama bagi syarikat kecil dan sederhana.

Awal bulan April, AirAsia katanya telah menghulurkan bantuan dalam situasi ini de-ngan berkongsi ekosistem dan menyediakan sumber untuk membantu peniaga-peniaga tempatan melalui kempen ‘Save Our Shops’.

Menurutnya, hampir 1,500 sektor PKS  kini menjual produk mereka di platform e-dagang, OURSHOP.

“Kami berbesar hati untuk terus menghulurkan bantuan kepada PKS dengan menawarkan program khusus baharu ini.

“Kami sedar bahawa PKS juga perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendigitalkan perniagaan mereka, kekal relevan dan dilengkapi dengan set kemahiran teknologi moden bagi membantu membuka pe-luang kepada mereka dalam ekonomi digital,” katanya.

Aireen berkata, program BINA digital pasti dapat memantapkan kemampuan PKS dalam pengembangan dan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

“Kami berharap PKS akan mengambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan kemahiran atau menambah baik diri mereka, dan terus berjaya dalam perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata melalui BINA Digital, PKS dapat mengembangkan perniagaan dan set kemahiran digital dalam persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah, mendapat sijil dengan pentauliahan rasmi bagi semua kursus yang dilengkapkan, memperolehi pengalaman sebenar dalam e-dagang dengan menjadi pedagang di ourshop.com melalui kategori OURSHOP Special.  

Para peserta juga akan diberi akses kepada Komuniti BINA untuk mengembangkan rangkaian mereka.

“RedBeat Academy bertujuan untuk membina masa depan tersedia bagi generasi akan datang dengan menyediakan perkhidmatan sehenti dalam teknologi, kepimpinan dan inovasi untuk menjadi pemangkin bagi memenuhi sumber keperluan untuk ekonomi digital di Malaysia dan ASEAN,” tambah Aireen.

RedBeat Ventures (RBV) ditubuhkan pada 2018 memfokus dalam keusahawanan, inovasi dan teknologi yang menerap semua kaedah.

AirAsia katanya, sentiasa mencipta, memanfaatkan aset fizikal dan digitalnya termasuk semua data yang telah dikumpul selama bertahun, untuk mewujudkan ekosistem dalam perniagaan menyentuh kehidupan seha-rian para tetamu kumpulan.

“Melalui RBV, kami telah berkembang dengan pesat dari hanya menjadi syarikat penerbangan kepada syarikat yang menawarkan platform gaya hidup.

“Lebih dikenali sebagai cabang perusahaan korporat untuk AirAsia, RBV menggunakan modal kami untuk mengintegrasikan kepakaran pembinaan dalam perniagaan, sumber terbaik penyelesaian teknologi, program pengembangan bakat dan pandangan data besar untuk perniagaan digital berkembang maju di ASEAN.

“Kami fokus dalam me-majukan proses pembuatan dan mempercepatkan syarikat serta idea yang berpotensi sama ada memaksimum hasil atau mencipta hasil baharu yang mampan, membantu menguruskan kos dan mengoperasikan perniagaan dengan lebih baik melalui peningkatan kecekapan dan produktiviti atau menambah baik pengalaman perkhidmatan para tetamu kami,” jelasnya.

RBV merangkumi empat bahagian utama iaitu Perusahaan Pembina, Pelaburan, Akademi Teknologi dan Pusat Kecemerlangan Data.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami di redbeatacademy.com atau ikuti kami di Facebook Redbeat Academy dan YouTube RedBeat Academy.