Anda di sini

Hotlink Prepaid kini dengan Internet dan panggilan tanpa had

Advertisement
 Prabayar serba baharu, Hotlink Prepaid Video.
MENARIK: Prabayar serba baharu, Hotlink Prepaid Video.

KUCHING: Hotlink melancarkan pakej prabayar baharu, Hotlink Prepaid Unlimited dengan Internet dan panggilan tanpa had.

Langkah istimewa ini diambil pertama kalinya oleh Hotlink selaras dengan keperluan pelanggan yang mahukan lebih banyak Internet kesalinghubungan dan paling penting nilai yang lebih tinggi.

“Ini adalah masa yang terbaik bagi kami melancarkan pelan Hotlink Prepaid Unlimited kerana pelanggan menggunakan Internet pada kadar yang belum pernah terjadi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pek ini sesuai untuk golongan muda yang mahukan segalanya dengan meneroka pelbagai kemungkinan bersama rakan-rakan mereka, serta pencari nilai yang ingin memperoleh nilai yang lebih besar.

“Pelan prabayar tanpa had ini memenuhi keperluan pembayaran, ganjaran dan hiburan mereka dalam era konvergen yang baharu ini yang membolehkan mereka sentiasa ke hadapan.

“Dengan Hotlink, tidak ada batasan untuk apa sahaja yang anda lakukan,” kata Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan Hotlink, Maxis, Navin Manian.

 Hotlink Prepaid Unlimited menawarkan nilai hebat dengan faedah menarik.
HEBAT: Hotlink Prepaid Unlimited menawarkan nilai hebat dengan faedah menarik.

Bercakap mengenai Hotlink Prepaid Unlimited baharu ini, ia menawarkan nilai hebat dengan faedah menarik seperti Maxis TV, pulangan tunai di laman aplikasi Google Play dan Apple app store dan lebih banyak ganjaran.

Pelan ini sesuai dengan gaya hidup Generasi Z yang semakin digital, yang bersedia memanfaatkan ekosistem digital melalui kemahiran yang dipelajari dalam talian dan e-Dagang.

Untuk itu, mereka memerlukan rangkaian ‘Always On’ untuk berada di hadapan.

Selain pelancaran Hotlink Prepaid Unlimited yang baharu, pek SUPERRR Hotlink sedia ada juga akan diperbaharui untuk menjadi Hotlink Prepaid Video, rancangan prabayar terbaik untuk pengguna yang lebih individualistik, yang suka strim video berkelajuan tinggi dan berkualiti tinggi untuk kandungan tanpa had yang lebih imersif.

Mereka juga dapat menikmati hiburan bertaraf dunia di Maxis TV melalui sachet pas, dengan 10GB percuma setiap bulan pada aplikasi video terpilih dan 2x Internet percuma untuk video dengan pembelian pas MI.

Untuk membeli pakej Hotlink Prepaid Unlimited dan Hotlink Prepaid Video, terus ke Maxis Store, pengedar Hotlink atau kedai serbaneka terdekat.

Unntuk maklumat lanjut tentang Hotlink Prepaid Unlimited, sila layari Hotlink.com.my/hp-unlimited-ms dan untuk maklumat lanjut tentang Hotlink Prepaid Video, sila layari Hotlink.com.my/hp-video-ms.

Advertisement