Anda di sini

Gerhana bulan Penumbra disaksikan di Sarawak esok

Advertisement
 
KUCHING: Rakyat Sarawak berpeluang menyaksikan sendiri gerhana bulan Penumbra yang akan berlaku esok, menurut Jabatan Mufti Negeri Sarawak hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, jabatan itu berkata gerhana bulan Penumbra itu boleh dilihat bermula jam 1.45 pagi dengan kemuncaknya 3.24 pagi dan berakhir pada 5.04 pagi pada magnitud -0.41.

“Fenomena ini berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan Penumbra iaitu kawasan yang hampir sejajar dengan matahari dan bumi.

“Gerhana bulan Penumbra ini berlaku pada fasa bulan penuh dan cahaya bulan menjadi suram akibat daripada cahaya matahari yang terlindung dengan bumi,” kata kenyataan itu.

Jabatan Mufti itu memaklumkan walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak perlu dilaksanakan. - BERNAMA

Advertisement